Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015

3:02 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015. Bagi mereka yang menggelar dirinya seorang blogger, tidak mengira baru atau sudah lama berblogging, memiliki domain sendiri merupakan satu impian terbesar bagi seorang blogger untuk melangkah setapak lebih maju di dalam dunia blog.

Ya mungkin pada mulanya, berblog sekadar suka-suka, sekadar mengisi masa lapang, sekadar menaip diari peribadi untuk bacaan sendiri dan akhirnya setelah sekian lama berblog, pasti ada perasaan untuk memiliki domain sendiri, ya mungkin kerana blog yang dahulunya kosong, kini sudah dikenali dan mungkin juga sekarang blog itu kini menjadi sumber pendapatan kita. Memiliki domain sendiri merupakan satu kebanggaan bagi seorang blogger. 


Cuba kita lihat kepentingan memiliki domain sendiri. Jika anda membuat pembacaan, rata-rata menyarankan untuk memiliki domain sendiri jika anda betul-betul serious untuk berblog kerana ia mempunyai kepentingan jangka masa panjang. Tambahan lagi jika anda memiliki blog perniagaan, mempunyai domain sendiri sangat penting untuk isu keselamatan. Selain itu, domain bertujuan untuk membina kreadibiliti dan profesionalisme. Memiliki domain sendiri umpamanya memiliki nama dan jenama sendiri (branding). Jika mempunyai domain sendiri, kita mempunyai hak 100% kepada blog kita dan keselamatan blog lebih terjamin. Banyak lagi jika nak dihuraikan di sini isu kepentingan memiliki domain sendiri. Boleh membuat carian di google untuk lebih maklumat dan informasi.



"Kearah Menjalinkan Ukhwah Silaturahim Antara Bloggers"

Pepatah mengatakan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang sudah berblog selama beberapa tahun, dan betul-betul serious dalam dunia blog, apalah salahnya kita upgrade untuk kebaikan di masa akan datang juga. Rasa terpanggil untuk menyertai kontest dari MYiDEAKiNi.com dengan kerjasama zulazizipetscentre.com yang menawarkan hadiah domain kepada lima orang pemenang menerusi kategori SEO dan hadiah berupa wang tunai untuk kategori Top Myundi. Jemput sama-sama sertai kontest ini ya. Sama-sama kita support sesama blogger. "Kearah Menjalinkan Ukhwah Silaturahim Antara Bloggers".


Nama domain yang bakal dipilih. Memilih nama domain juga sangat penting. Perlu untuk membuat research, kalau-kalau sudah ada nama yang serupa atau nama domain yang pernah diguna sebelumnya yang illegal dan sebagainya. 

Nama domain yang menjadi idaman : www.shad.com

Sejujurnya, Shad memang sudah lama ingin meng'upgrade', mempunyai domain sendiri. Tetapi masa dan idea sangat tidak mengizinkan. Idea? Ya idea hendak memilih nama domain yang betul-betul sesuai sebenarnya yang mengganggu fikiran. Kenapa www.shad.com? Sebab dah lama rasanya dengan panggilan Shad sebagai kata ganti diri di dalam dunia blog. Rata-rata yang dah lama kenal, memang panggil Shad. Jadi, www.shad.com lebih mudah diingati bukan.


Tujuan berblog. Sejujurnya blog ini tercipta lima tahun yang lalu dengan tujuan sekadar suka-suka dan mencoret kisah-kisah peribadi buat bacaan sendiri. Tahun demi tahun, blog ini dirasakan sebagai satu medium perkongsian maklumat, medium lontaran pengalaman peribadi yang mungkin bermanfaat buat pembacaan umum dan dalam masa yang sama, menjana pendapatan melalui blog. Selain itu, dengan berblog juga dapat menambah lebih ramai kenalan walaupun hanya di alam maya. Dan siapa tahu, rezeki boleh bertemu mata ataupun rezeki mendapat jodoh di dalam dunia blog. Sama-sama kita mengorak langkah "Kearah Menjalinkan Ukhwah Silaturahim Antara Bloggers".

Bentuk kandungan info dalam blog. Dengan tagline Shad | Beauty & Lifestyle Blogger, Shad banyak berkongsi mengenai produk-produk kecantikan, tips kecantikan dan dalam masa yang sama membuat review peribadi mengenai produk tersebut adapun produk itu dibeli sendiri atau yang dikirim oleh pengiklan. Selain itu, info lain yang selalu Shad tulis berkisar kepada benda-benda yang Shad suka dan minat. Antaranya ialah mengenai review buku dan novel, review KDrama, graphic design dan sedikit kisah peribadi kehidupan seorang yang bergelar insan. Harapannya, agar segala perkongsian dapat memberi sedikit manfaat kepada umum. Hidup untuk memberi dan berkongsi.

******************************************

You Might Also Like

4 Comment

  1. Assalamualaikum....Terima kasih atas sokongan & penyertaan.. Sila semak email anda yer... Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Minta peserta add Komuniti G+ untuk tujuan kemaskini Kontest SEO MYiDEAKiNi...Terim kasih..

    https://plus.google.com/communities/118193441934781599728

    ReplyDelete
  3. Sila semak email utk dapatkan KONTEST ID.. Terima kasih.. :-D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored