Pre-Order Samsung Galaxy A5 di Igshop f.o.c

4:04 PM

Greetings and Assalamualakum to all.

Pre-Order Samsung Galaxy A5 di Igshop f.o.c. Hi semua. Salam Jumaat penuh barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin. Okey, petang ni entry pendek sahaja. Sat lagi nak pi melawat kawasan sat. Nak pi Mood Republik. Mood Republik mai Kedah. Memang kena sangatlah kan tarikh depa buat MR ni. Time orang baru dapat gaji. Hehe. Sedang elok tak lama lagi nak raya. :D

Ok, berbalik kepada tajuk entry kita. Tak tau lah nak cakap, Shad memang suka sangat beli secara online. Setengah orang kan macam tak berapa berani nak beli barang secara online. Tapi betul lah, manusia kan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Heee. 


For those yang tak serik beli barang secara online macam Shad, ni nak story. Ada satu Igshop ni, jual smartphone dengan harga yang lebih murah. Ada nampak perkataan murah tu? Heee.. Sebenarnya kan, kalau korang jenis yang rajin stalk bukak Instagram dan suka follow Igshop yang jual smartphone pre-order, memang confirm lah pernah nampak Ig f.o.c, angah amirul, kakeda dan banyak lagi.


Point penting beli smartphone online, mesti lah selidik dulu seller. Ye dak. InsyaAllah owner Igshop f.o.c ni trusted seller. Boleh view sehabis mungkin, baca teropong semua feedback dari customers. Next is, mesti semua suka barang murah kan. Murah dan berbaloi. Original plak tu. Aci cakap lah, sapa yang tak suka kan. Tapi satu sahaja, kena sabar banyak. Uish, membeli pun boleh latih sifat sabar jugak kan. Heehe. Hanya orang-orang yang sabar sahaja yang boleh beli barang pre-order ni. 

Apa tu pre-order? Pre-order means, order dahulu dapat barang kemudian. Barang akan sampai kepada kita mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Contohnya, pre-order 14-15 minggu. Makanya kena tunggu 14-15 minggu, barulah barang yang kita order arrive/dapat dekat tangan kita. Dan selalunya, memang seller akan minta kita buat full payment dahulu, baru proceed order. Wink. 

Selalunya, dan rata-rata lebih suka membeli barang yang ready stock. Ready stock pulak, barang memang ada dekat seller, after kita buat payment/bayaran hari ni dan request barang di hantar pada hari itu juga atau waktu terdekat. Maknanya kita boleh lah dapat barang tu cepat. :) 


Perlu diingatkan, senarai harga smartphone di f.o.c akan berubah-ubah mengikut masa dan sale yang dibuka. Tunggu owner open sale, boleh lah mula membeli-belah ye. Price list yang dah tamat sale akan didelete. So, bila owner open sale, cepat-cepat place order. :D 

Kenapa Shad pilih untuk beli smartphone pre-order? Sebabnya utamanya, harganya yang lebih murah. Hehe. So, kepada yang nak beli phone baru sambil berjimat cermat, boleh beli dari seller yang open pre-order. Kalau korang banyak duit, tak payah tunggu pre-order, pergi je kedai beli ready stock terus. Hehe. Satu lagi, macam tak terdesak sangat nak pakai phone baru, maka boleh lah kot nak tunggu sampai 14 minggu. Kalau korang ada smartphone dan tiba-tiba hilang (nauzubillahiminzalik), rasanya tak boleh nak tunggu pre-order punya kot. Lama bebenar. Heee.. 

So, bertabahlah menunggu Samsung A5 baru. (Saya peminat tegar jenama samsung, hehe). S7 yang baru keluar tu, macam best jugak kan. Heeee. Shad place order 10 March 2016 baru ni. Bila nak dapat? Nunnn, bulan 8 nanti. Sama-samalah kita tunggu ye. Kepada yang nak merasa phone baru dan sanggup bersabar menunggu, boleh lah terjah ig f.o.c. Tengah ada sale tu. InsyaAllah trusted seller and original. Feedback customers belambak. Panjang lak entry ni, menaip dengan kadar cepat. Nak pi Mood Republik pulak ni. Tata titi tutu.. 

Information : Igshop f.o.c
Official Igshop (Pricelist) : https://www.instagram.com/f.o.c/
Phone whatsapp only :  017-3457082 (Farhani/ Fani)
Feedback Customer : https://www.instagram.com/gadgetbyfoc/

You Might Also Like

1 Comment

  1. sama2 lah kita menunggu smartphone yg di order dgn penuh sabar...

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored