Harum Malam Minuman Istimewa Untuk Wanita

2:10 AM

Greetings and Assalamualaikum to all. 

Harum Malam Minuman Istimewa Untuk Wanita. Eid Adha Mubarak. Selamat menyambut Hari Raya Korban. Raya raya jugak, tapi jangan lupa jaga makan ya. Shad kalau daging memang tak boleh makan banyak, rasa nak pening. Heehe. Oke, sebenarnya hari ni nak review something yang best.

Entry ni memang special untuk anda, wanita yang mementingkan kecantikan dari luar dan dalam. Untuk anda yang tercari-cari supplement untuk mewangikan tubuh, supplement untuk mengetatkan rahim dan supplement penyelesaian kepada masalah wanita seperti haid tidak teratur, keputihan, bau badan kurang enak dan banyak lagi. Jawapan kepada masalah ini adalah, Harum Malam, minuman kesihatan buat kaum wanita. Mesti ramai yang pernah dengar kan. Dan ramai juga yang dah dapat kesan positif selepas mengamalkan minuman Harum Malam ini bukan. Alhamdulillah.


Bagi yang baru pertama kali dengar, sila fokuskan pembacaan anda ya. Panjang lagi entry Shad ni. Hehe. Macam seksi je kan nama Harum Malam ni kan? Hehe. Siang malam pun harum je lepas consume supplement ni tau. 


Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita.
Harum Malam diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah bau badan. Harum Malam ini sebenarnya supplement khusus untuk kaum wanita. Supplement yang dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu saja, malah dapat merawat masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi.

Eh, wait a second. Harum Malam ni bukankah untuk wanita yang dah berkahwin ke Shad? Oh no... No... Tidak. Harum Malam bukan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi sesuai juga untuk anak dara. Boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi. Untuk wanita yang preggy (pregnant) tidak digalakkan untuk consume sebab takut akan mengalami kesukaran bersalin (sempit). Banyak khasiat yang terdapat di dalam satu botol Harum Malam ini. 

Kandungan & Khasiat di dalam Harum Malam

Kandungan:
Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, Strawberry, Senna. 100% ramuan asli


Ekstrak Bunga Ros
Ekstrak bunga ros sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya kulit tampak lebih berseri, halus dan segar. Di samping itu juga, ia mampu mengatasi masalah kitaran haid yg tidak teratur di samping meredakan senggugut yang sering dialami oleh kaum wanita ketika haid. Antara khasiat lain:-

✔  Menenangkan ketegangan saraf dan emosi
✔  Memberi kesan penyejukan pada badan
✔  Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen(awet muda)
✔  Membantu proses penghadaman
✔  Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
✔  Merawat cirit birit
✔  Menghilangkan keletihan

Sirih
Daun sirih merupakan jenis tanaman yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya adalah untuk mengatasi masalah kewanitaan. Manfaat daun sirih untuk mengatasi berbagai masalah kewanitaan sudah dikenali sejak zaman dahulu, bahkan pada jaman kerajaan pun sudah di gunakan oleh para isteri raja-raja.

Di dalam kandungan yang terdapat pada daun sirih sangat bermanfaat dalam mengatasi masalah kewanitaan karena mengandung minyak atsiri yang berasal dari kandungan betlephenol, seskuiterpen,pati, diastase, gula, zat samak, antioksida, funsida dan kavikol yang memiliki kemampuan dalam membunuh kuman penyebab masalah kewanitaan. Selain itu, daun sirih juga mengandungi antiseptic, antioksidan yang berguna dalam mengatasi keputihan, gatal-gatal dan bau tak sedap.


Buah tin
Juga dikenali sebagai Buah Ara. Kaya dengan serat, kalsium, omega 3, omega 6 dan kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation), mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kolesterol kerana ianya mengandungi kandungan yang hampir penuh dengan vitamin A,B,C, dan rendah dengan kalori di samping menyihatkan lagi kulit.

Tin penuh dengan serat pemakanan (dietary fiber) dan sumber yang kaya dengan magnesium begitu juga potassium, mengandungi enzim penghadaman yang penting untuk diet: Protein, karbohidrat dan lemak.

Kismis
Merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6 serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan,membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan. 

Khasiat dan Kegunaan Kismis:
✔  Melindungi hati.
✔ Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi condition seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
✔  Melawaskan pembuangan air besar.
✔  Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
✔  Membantu kecerdasan otak bayi dan meningkatkan memori (tradisi perubatan Islam).
✔  Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Madu
Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria,merawat dan memulihkan luka. Selain itu,madu yg bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan. 

Khasiat lain madu:-
✔  Menambahkan tenaga saat hamil dan saat melahirkan
✔  Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
✔ Mencegah dari berbagai macam penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
✔  Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
✔  Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.

Goji
Khasiat lain iaitu Beri goji. Ramuan ini kaya dengan nutrient yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh, B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-Glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak. Buah beri goji mampu meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit selain menjadikan anda rasa dan kelihatan muda kerana Goji merangsang rembesan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia), "hormon remaja". 

Selain itu, buah beri goji dapat mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan risiko kanser, meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual, meningkatkan kesuburan serta membantu mengurangkan masalah berat badan.

Limau purut
Di samping berupaya membasmi bau badan, limau purut kaya dengan asid sitrik yg bersifat antioksida. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan membantu mengekalkan kelembapan kulit serta meneutralkan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain itu, limau purut dapat membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah, membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengatasi PMS (pra menstrual simptom) serta meningkatkan sistem imun tubuh.


Kayu Serapat
Herba Kayu Serapat atau nama saintifiknya Paramaria Leavigata merupakan herba terbaik untuk disyorkan kepada setiap wanita. Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara. Akar serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.

Herba ini mampu melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ sekaligus meningkatkan tahap kesihatan wanita. Khasiat yang terdapat dalam akar serapat juga mampu memperbaiki menegangkan payudara yang kendur kembali anjal dan tegang.


Buah Delima
Buah delima mengandungi antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.

Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit. Bagi wanita yang berusia ianya dapat mengelakkan daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.


Manjakani
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan. Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. Khasiat tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.


Pueraria Lobata
Kudzu sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, migrain serta menentang jangkitan bakteria dan meredakan sakit pada bahagian bahu dan leher. Herba ini juga mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ. Khasiat fitoestrogen yang tinggi di dalam tumbuhan tersebut membantu meningkatkan kadar penghasilan hormon estrogen dalam tubuh wanita.

Pueraria Mirifica
Pueraria Mirifica adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea)

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens mempunyai manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara akan menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.


Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:
✔  Wanita Berkahwin
✔  Anak Dara
✔  Wanita Berpantang
✔  Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔  Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas

Kelebihan dan khasiat minuman kesihatan Harum Malam:
✔  Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
✔  Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
✔  Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
✔  Melegakan panas badan.
✔  Menegangkan payudara.
✔  Memulihkan rasa rapat.
✔  Mengencang otot kewanitaan.
✔  Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
✔  Menambah keharmonian suami isteri.
✔  Menyihatkan rahim.
✔  Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
✔  Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
✔  Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
✔  Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
✔  Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
✔  Mengurangkan tekanan dan tension
✔  Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Cara pengambilan:
Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur
*boleh diminum terus
*Pastikan guna sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya.boleh simpan dalam peti sejuk. Produk Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran. KKM-201213/11/409

Pantang Larang Harum Malam:
– Elakkan minuman berais
– Ibu mengandung tidak dibenarkan
– Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
– Untuk kesan yang maksimum, amalkan setiap hari.

Pastikan yang original ya, baru beli. Ada tiga langkah mudah untuk mengenalpasti label asli Harum Malam. Pengenalan visual, pengesahan melalui telefon dan pengesahan melalui cahaya. Boleh lihat gambar di bawah ya untuk lebih lanjut.


Review dari Shad:
Dari segi rasa, it is bearable. Untuk khasiat dari pelbagai jenis herba yang ada di dalam sebotol Harum Malam ini, boleh dikatakan agak sedap juga rasanya. Rasa delima. Ada masam masam sikit. Ada manis buah sikit. Harum Malam ni jenis supplement minuman. Agak pekat sedikit cecair dia. Warna dia like maroon-light-delima-rose. Lebih kurang lah. Hehe

Badan Terasa Lebih Ringan
Oke, selama Shad minum/consume Harum Malam ni, jujurnya nak bagitau, perut terasa sedikit berangin. Berangin jer, tapi tak ada rasa kembung atau tak selesa perut. Kira tak ganggu aktiviti harian lah senang cakap. Cumanya agak kerap buang angin. Faham tak buang angin tu apa? Haha. Walaupun kerap buang angin, tapi tak berbau. Fuh, nasib baik. Mungkin sebab ini lah kot, badan rasa ringan je. Rasa sedap, rasa sihat, segar je.

Melawaskan Pembuangan Air Besar
This one, Shad memang suka sangat. Orang cakap, kalau nak badan sihat dan kulit cantik, hari-hari kena pastikan membuang. Yes, hari-hari buang toksin dari badan melalui perkumuhan, badan terasa lebih sihat dan bertenaga. Sejak minum Harum Malam ni, memang setiap hari masuk toilet untuk perkara No.2. Faham ke tidak tu? Hehe. Kalau sebelum ni, Shad memang jenis susah nak membuang. Kadang tu, risau jugak, sampai berhari-hari toksin tersimpan dalam badan. Lemau je rasa. And, thank you to Harum Malam, sekarang dah rasa lebih normal. Seimbang masuk (makan) dan keluar (buang) nya. Hehe.

Masalah Keputihan Selesai
Untuk semua wanita, Shad memang recommend untuk kita amalkan Harum Malam ni. Yang dah berkahwin juga anak dara mesti cuba this supplement. Sangat-sangat membantu bagi yang mempunyai masalah keputihan. Maaf kalau ada rasa macam a bit geli sikit nak baca pasal benda ni. But please, keputihan ni benda yang patut semua wanita ambil berat. 

Keputihan merupakan cairan yang keluar dari dalam vagina. Keputihan memang akan terjadi dan bersifat wajar apabila cairan tu tidak berlebihan. Cuma yang menjadi masalahnya, apabila cairan itu menjadi warna yang luar normal, bau yang pelik, atau ada rasa sakit dekat area kulit organ kewanitaan. Lepas consume Harum Malam ni, Alhamdulillah, Shad ada nampak perubahan yang lebih positif. Very recommend.

Masalah Bau Badan Berkurang
Sebenarnya, Shad tak adalah ada major problem dengan masalah bau badan ni. Hehe. Minor mungkin. Ohmy, perasan sekejap kan. But, since Shad consumed Harum Malam ni, ehh, dah petang peluh-peluh pun macam wangi je lagi badan kan. Ke perasaan sendiri tak taulah yang ni kan. Hehe. Apa apa pun, everything yang kita consume/ guna/ pakai, take times right. Kita ikhtiar dan sabar. InsyaAllah ada positif.

Overall/ Keseluruhan
Very recommend. Dengan pelbagai khasiat di dalam sebotol Harum Malam yang boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah wanita, kenapa mesti katakan tidak? Kan. Harga juga mampu milik. 


Nama Produk: Harum Malam
Product From: Malaysia
Isipadu: 250 ml
Berat: 580 gram
Harga: RM33 SM/ RM39 SS

Millennial Gen Sdn Bhd (1167089-D)
Instagram :Harum Malam HQ
Telefon: 010-4042769(HP) / 03-33585344(Office)

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored