Apa itu Healing Process

2:04 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Selamat pagi indah ceria gembira. Belum terlambat lagi nak shout out 'Welcome October' right. So, this month is Shad-soon-to-be-exactly-25 years old. How fast. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam ja habis sekolah. Macam baru sangat saja masuk uni and graduate. Yes, time past. Happiness pass. Sadness pass. Yang tinggal, memoirs. Simpan memori indah-indah sudah. Hehe. 

Okay, sebenarnya entry pagi ni short and simple sahaja. Terasa terpanggil nak menerangkan apa itu healing process. Proses penyembuhan. Entry ini lebih kepada, apa yang berlaku bila kita consume supplements, atau guna new skincare dan lain-lain. And to be exact, consuming organic product and applying natural product. 


HEALING PROCESS
================
Healing process ada 4 iaitu; Release, Relax, Revive dan Renew. Apabila kita mengguna pakai produk baru yang natural@semulajadi, contohnya makanan, minuman, atau skincare, terdapat 4 proses yang akan berlaku.

1. Release - Singkir 
Maksud di sini adalah pembuangan toksin @ bahan kimia. Tempohnya bergantung pada individu.

2. Relax - Rehat 
Organ atau kulit akan berehat, back to normal, setelah bekerja keras sewaktu proses penyingkiran.

3. Revive - Pulih 
Baik pulih sel sel yang telah rosak akan berlaku. Dalam @ luaran.

4. Renew - Ganti 
Sel-sel yg telah dibaiki akan diganti dengan sel-sel @ kulit baru.

Seandainya kita tukar produk, tapi tak ada perubahan yang berlaku dalam waktu terdekat atau makin teruk, itu NORMAL. Paling kurang mesti ambil masa 4 bulan untuk lengkapkan semua proses di atas.

Jika berhenti di bulan ke 2 bermaksud baru habis proses relax. Tak sempat pulih dan renew lagi. So, dia akan dapat kulit yang normal sahaja, hanya toksik sahaja tak ada kat kulit kita tapi tak sempat pulih dan ganti baru. Jadi bukan salah produk tapi proses tak complete sebenarnya. Kesimpulannya, konsistan dan yakin dan sabarrrrr... lnsyaAllah masalah anda mampu dirawat.


Ruam @ jerawat di wajah adalah perkara biasa terutama bila pernah guna produk lain. Ini dipanggil healing krisis. Healing crisis bukan hanya berlaku bila kita guna skincare tapi juga bila kita guna produk dalaman contohnya collagen jenis minuman. 

Tempoh healing crisis ni paling kritikal sebab ramai yang tak sabar. Proses penyingkiran toksin ni berbeza setiap individu. Ada yang ruam, jerawat kecik, jerawat besar, muka berbahang, mengelupas, gatal dan lain-lain. Bagi masa paling cepat 2 minggu hingga 1 bulan. Kita dah kumpul toksin dalam kulit dah bertahun-tahun melalui pemakanan, produk skincare, pencemaran dan lain-lain. So, mesti ambil masa sikit nak keluarkan dan bersihkan. Contohnya kita guna produk tu 2 tahun, dah sebati dengan kulit, takkan boleh dibuang dalam masa 2, 3 hari @ seminggu. Kan. Kan.

SABAR ITU PENTING. And please drink plenty of water. Setiap hari minum 3 liter. Nasihat ikhlas untuk ingatan diri sendiri juga. Hehe. Okey done for the short entry. Pembuka October. Like dan Share kalau rasa info in bermanfaat untuk semua. Thank you for reading. Nunyte all. 

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored