Produk Penjagaan Diri Natural dari WR Empire

9:00 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.
*entry panjang dan banyak gambar. wink dua tiga kali

Produk Penjagaan Diri Natural dari WR Empire. Naturally Beautiful. Cantik secara semulajadi. Ops, maaf tak ada intro. Hari ni Shad nak bercerita panjang tentang my favorite personal care product. Tak lain tak bukan, WR Natural. Alhamdulillah, serasi dengan Shad satu family dan yang paling penting dapat kesan positif dan selamat digunakan. Me is orang yang agak choosy bila nak guna produk personal care ni. And I had been loving natural product since 2 years back. Time tu baru dapat kesedaran bahayanya produk yang ada harmful chemical. So, sekarang memang setia dengan yang satu. Bersama WR. Alhamdulillah.

wr empire

Sebelum Shad cerita panjang tentang produk WR, eloklah Shad cerita secara ringkas latar belakang syarikat WR kepada semua, especially yang baru pertama kali dengar Produk WR.

WR Empire Resources ditubuhkan pada 2013, dan diperbadankan menjadi WR Empire Sdn Bhd pada 2016. Syarikat mengeluarkan 6 produk setakat ini dan begitu serious memperkenalkan produk berasaskan bahan semulajadi. Syarikat begitu komited dalam mengetengahkan produk produk naturals. Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan produk berkualiti premium, selamat dan berkesan. Proses bermula dari tempahan produk di kilang. Semua bahan yang dipilih adalah halal dan selamat. Tiada bahan kimia bahaya. Tiada racun dan boleh digunakan dalam jangka panjang.


Bagi membuktikan produk adalah naturals, selain berdaftar KKM, syarikat juga menjalankan test di lab berbayar iaitu Kedah BioResources bagi memastikan produk bebas merkuri dan racun. Alhamdulillah result negatif bahan tersebut. Tidak berhenti di situ sahaja, syarikat juga berjaya memasukkan produk ke BioShoppe dimana kedai yang menghimpunkan produk tempatan yang betul betul naturals. Sekali lagi WR berjaya lulus ujian saringan dari Malaysian BioTechnology Corporation. Ternyata dan terbukti! Produk WR adalah produk naturals.


Selama 2 tahun di pasaran, produk diedarkan menggunakan sistem agent. Dari hari ke hari, agent semakin bertambah dan semakin ramai. Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan. Testimoni banyak, pelanggan tetap semakin bertambah. Tidak dinafikan peranan #UsahawanWR sangat membantu dalam meluaskan pasaran produk WR. 

WR Empire Sdn Bhd mempunyai 6 produk setakat ini. Lengkap untuk penjagaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. From head to toe. Produk WR boleh dikategorikan kepada tiga bahagian. WR Natural Skincare (Penjagaan Wajah), WR Natural Bodycare (Penjagaan Badan), dan WR Natural Haircare (Penjagaan Rambut).

Natuwrel Produk
WR Skincare: Tomato Clear Skin, Corrector Cream Oil, Miracle Rice 
WR Bodycare: Scar Solution Body Bar, Calendula Skin Juice 
WR Haircare: Papaya Perfect Hair

wr skincare

WR Natural Skincare
Set Skincare Natural dari WR ini mempunyai tiga (3) produk iaitu sabun muka istimewa Tomato Clear Skin (TCS), krim treatment multi purpose Corrector Cream Oil (CCO) dan sunblock 2 in 1 Miracle Rice.

tomato clear skin

1. Tomato Clear Skin (TCS) RM40
Sabun muka Tomato Clear Skin (TCS), diperbuat daripada ekstrak Tomato dan Air Mawar yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E, Anti-Oksidan serta AHA. Sabun muka tomato ini mempunyai 3 fungsi. Sebagai Cleanser, Masker dan boleh juga dibuat Scrub. Sabun muka TCS ini sangat jimat kerana ia tidak cepat cair. Tahan sehingga 3 bulan malah lebih. Tidak memedihkan mata. Tanpa pengelupasan dan sesuai untuk semua jenis kulit; kulit berminyak, kering, normal, sensitif, kulit cantik, kulit kombinasi, semua boleh guna.

Kelebihan TCS: Menghapuskan jerawat, mengimbangi lebihan minyak, mengecilkan pori, menghapuskan kulit kusam, melembutkan kulit wajah, mengekalkan keanjalan kulit dan mngurangkan kedutan, bebas dari radiasi uv, kulit lebih muda dan segar, agen penyejuk dan merawat sunburn serta kulit alergik/sensitif, mencerahkan kulit secara semulajadi dan menanggalkan sel kulit mati.

corrector cream oil

2. Corrector Cream Oil (CCO) - RM40
Corrector Cream Oil (CCO) merupakan krim treatment istimewa yang dihasilkan daripada ekstrak Koko dan Almond oil yang berkualiti. Istimewanya CCO ini kerana ianya multi-function, banyak kegunaan. CCO dihasilkan bagi merawat masalah kulit. Boleh disapu di seluruh wajah, sekitar bahagian mata, boleh disapu pada bibir dan area kulit lain yang bermasalah. Ops, walaupun CCO ni namanya Corrector Cream Oil, tapi ia tak berminyak.

Kelebihan CCO: Mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, memudarkan parut, memperbaiki struktur kulit, mengecilkan pori, menghilangkan eyebag dan garis halus penuaan dan kedutan peringkat awal, merawat bibir yang kering dan mengelupas, sesuai untuk bibir sensitif, mencerahkan bibir, dan boleh dijadikan base sebelum apply lipstick. Selain digunakan di wajah, mata dan bibir, CCO boleh digunakan di bahagian kulit yang bermasalah seperti parut, bisul, kandung air, kulit kering, terkena minyak panas dan lain lain.

miracle rice
Miracle Rice adalah produk ke-6 dari WR. Miracle Rice adalah sunblock spf30 yang dihasilkan daripada ekstrak beras dan diperkaya dengan vitamin B dan E. Mempunyai dua fungsi utama iaitu, Repair and Protect. Repair, Memulihkan kulit yang rosak akibat sunburn. Protect, Melindungi kulit dari sinaran matahari di siang hari. Sunblock Miracle Rice ini tidak melekit, tidak berminyak dan teksturnya cepat menyerap ke kulit kerana ianya bersifat water-base.

Kelebihan Miracle Rice: Ektrak beras yang kaya dengan enzim, minerals serta antioksidan tinggi bagus untuk kulit awal penuaan, membantu memulihkan struktur kulit yang rosak akibat sinaran UV, mencerahkan kulit dan ratakan tona kulit akibat sunburn, mengecilkan pori, mengecutkan jerawat, menggalakkan pembentukan kolagen semulajadi sekaligus menganjalkan kembali kulit, mengekalkan kelembapan kulit dengan kandungan vitamin E, melambatkan penuaan kulit, mengurangkan garis halus dan kedut / wrinkle, melindungi kulit dari radikal bebas dan mengimbangi pengeluaran sebum minyak pada kulit.

wr bodycare

WR Natural Bodycare
Set Natural Penjagaan Kulit Badan dari WR mempunyai dua(2) produk. Sabun badan Scar Solution Body Bar (SSBB) dan serum badan Calendula Skin Juice (CSJ).

scar solution body bar

Scar Solution Body Bar merupakan sabun badan yang dihasilkan daripada ekstrak Kopi dan Vitamin E. SSBB mempunyai 2 bar sabun di dalam satu set. Coffee Bar dan Moist Vitamin E Bar yang mempunyai fungsi tersendiri. 

Kelebihan SSBB: Coffee bar mampu menghilangkan gatal-gatal badan, mengecutkan jerawat badan, memudarkan parut baru dan lama, mengatasi masalah selulite dan stretchmarks, sebagai scrub yang boleh menanggalkan daki, mencerahkan kulit badan secara semulajadi, mencerahkan part part gelap dan bahagian celahan serta mewangikan tubuh badan sepanjang hari. Moist Vitamin E bar pula sebagai sabun losyen yang mempunyai fungsi melembut dan memberi kelembapan kepada kulit. Mampu mencerahkan kulit secara semulajadi.

calendula

Calendula Skin Juice (CSJ) ialah hand and body serum yang diperbuat daripada ekstrak bunga Calendula yang diperkaya dengan vitamin B dan E dan sesuai untuk semua jenis kulit. Maklum mengetahui, bunga Calendula ini mampu melawan bakteria kerana sifat semulajadinya yang bersifat antiseptik. Serum ini direka khas untuk kulit badan yang sering terdedah dengan persekitaran dan pencemaran udara serta pancaran matahari yang boleh menyebabkan kulit menjadi cepat matang dan rosak. Boleh disapu selepas mandi atau pada bila-bila masa.

Kelebihan CSJ: Membantu melambatkan penuaan kulit (kulit kering, kulit bersisik, kulit gelap, kulit merekah). Melembutkan siku, buku lali yang kasar, tumit merekah. Mencerahkan kulit secara semulajadi, mencerahkan siku lutut leher dan celah peha gelap, menyembuhkan luka kecil, mengecutkan jerawat badan dan ruam panas. Antiseptic semulajadi apabila terkena gigitan serangga atau nyamuk, melindungi dari sinaran matahari yang menjadi faktor utama kulit rosak, boleh di sapu pada kulit sensitif , ekzema serta kulit yang alergik, boleh menggantikan deodoran, di sapu pada ketiak dan badan yang kuat berpeluh, juga boleh menghilangkan bau badan dan bau kaki berpeluh. Selain itu, Calendula Skin Juice juga bole digunakan sebagai krim selepas bercukur. Membasmi bakteria dan merawat luka ketika bercukur.


WR Natural Haircare
Untuk penjagaan rambut, WR telah mengeluarkan satu produk iaitu Papaya Perfect Hair (PPH), 2 in 1 Shampoo and Conditioner. 

Shampoo Papaya Perfect Hair ini sangat istimewa kerana ia dihasilkan daripada 3 bahan utama yang sangat bagus untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. PPH terhasil dengan ekstrak Betik, ekstrak Bunga Raya dan Lavender oil. Paling special ialah, hanya dengan satu shampoo untuk pelbagai masalah rambut dan kulit kepala. Cukup dengan PPH sahaja, tidak perlu serum rambut, minyak rambut dan produk rambut lain. 

Kelebihan PPH: Mengatasi keguguran rambut, menghilangkan kelemumur, menghitam dan melebatkan rambut, mengatasi rambut bercabang, menyejukkan kulit kepala, antiseptik semulajadi, melawan kutu, rambut wangi dan bersinar, menggalakkan pertumbuhan anak rambut baru, mengecutkan jerawat dan luka di kepala, menguatkan akar rambut, kulit kepala sihat dan bersih.

wr natural

Specialnya produk WR:

Tidak perlu digunakan dengan kuantiti yang banyak setiap kali penggunaan kerana semua produk WR adalah dari pure ekstrak. Hanya perlu apply sedikit sahaja. Tak perlu guna banyak untuk dapat result yang cepat. Produk natural ni, sedia maklum, akan mengambil masa yang lebih untuk kita dapat result yang best. Yang penting, sabar dan konsisten. 

Harga berpatutan. Sebab apa Shad cakap berpatutan? Ya, untuk bahan natural dan setiap item boleh guna berbulan-bulan. Memang jimat sangat. Barulah kita boleh guna berterusan untuk dapat result yang bagus. Lagipun, bebas kimia merbahaya, memang 200% yakin nak guna. Bahan mentah Halal dan Suci. Tanpa ragu.

Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan oleh semua lapisan umur. Ini special, dari baby, kanak-kanak, sehingga warga emas boleh guna produk natural dari WR ini. Satu family boleh. Jom bertukar kepada natural dengan WR produk.

You Might Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored