Sunblock SPF30 Miracle Rice by WR Terbukti Miracle!

1:49 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Sunblock SPF30 Miracle Rice by WR Terbukti Miracle! Kulit wajah yang sering terdedah dengan pancaran matahari adalah faktor utama masalah kulit wanita asia. Pastinya ramai yang bersetuju dengan statement ini bukan. Jika tidak, masakan ramai antara kita yang berlumba lumba memakai pelindung wajah. Sunblock, Sunscreen, Foundation, BB Cream dan banyak lagi yang kebanyakannya mempunyai kelebihan SPF. 


Radikal bebas seperti uvA dan uvB, pencemaran udara, cuaca terlalu panas, sinaran matahari terus ke kulit boleh menyebabkan kulit cepat tua dan berkedut. Penuaan kulit berlaku dengan cepat. Antara kesan buruk radikal bebas dan UV adalah kulit terbakar dan kemerahan, kulit banyak garis halus dan kedutan, kulit kendur, tona kulit tidak sekata, masalah pigmentasi/ jeragat, kulit kasar, bersisik dan kering, kerosakan sel kulit dan pembentukan kolagen menjadi lemah, kulit menjadi sensitif, cepat ditumbuhi jerawat, kulit cepat pedih dan naik ruam dan sebagainya.

Jika anda mempunyai masalah seperti disebutkan di atas, adalah disarankan menggunakan untuk menggunakan pelindung sinaran matahari sebelum melakukan aktiviti luar. And here come the highlight part, gunalah sunblock SPF30, Miracle Rice dari WR. Sangat Miracle! Sunblock Miracle Rice ini mempunyai dua fungsi utama. Repair and Protect. Repair iaitu memulihkan kulit wajah yang sunburn atau rosak akibat sinaran mentari. Protect iaitu melindungi kulit wajah dari sinaran mentari.


Sunblock SPF30 MIRACLE RICE | Repair and Protect

Bahan utama sunblock Miracle Rice adalah Beras/ Oryza Sativa (Rice), Vitamin B dan Vitamin E. Ektrak beras yang kaya dengan enzim, minerals serta antioksidan tinggi bagus untuk kulit awal penuaan. Miracle Rice kaya dengan Vitamin A, B2, B12 dan E yang membantu memulihkan struktur kulit yang rosak akibat sinaran UV.

Antara fungsi dan kebaikan Miracle Rice :

- Memulihkan struktur kulit yang rosak akibat sinaran UV.
- Mencerahkan kulit dan ratakan tona kulit akibat sunburn
- Mengecilkan pori
- Mengecutkan jerawat
- Menggalakkan pembentukan kolagen semulajadi sekaligus menganjalkan kembali kulit
- Mengekalkan kelembapan kulit dengan kandungan vitamin E
- Melambatkan penuaan kulit
- Mengurangkan garis halus dan kedut / wrinkle
- Melindungi kulit dari radikal bebas 
- Mengimbangi pengeluaran sebum minyak pada kulit.


Penggunaan yang konsisten akan memberi kesan yang sangat bagus pada kulit. Kulit akan menjadi lembut, anjal, cerah, lembap dan sihat. Sunblock Miracle Rice ini boleh digunakan oleh kaum perempuan dan lelaki. Ya, istimewanya di situ. Miracle Rice ini texture nya color putih, tapi akan jadi colorless/ tanpa warna setelah kita apply di kulit. Jadi, tak ada masalah, untuk semua tona kulit. For Muslim, jangan risau kerana Miracle Rice ini adalah Halal dan boleh dibawa solat. 

Specialnya lagi Miracle Rice ini adalah, ianya 100% natural ingredients. Tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet bahkan tanpa bahan pewarna. Merupakan produk ke-6 keluaran WR Empire Sdn. Bhd. Bukan sahaja berdaftar KKM, malah satu ujian makmal telah dijalankan oleh Kedah BioResources Corporation dan Malaysian BioTechnology Corporation. Keputusannya adalah negatif merkuri. Semua produk WR Empire terbukti betul betul natural. 


2 in 1. Miracel Rice bukan sunblock biasa! Ianya luar biasa best! Kerana diperkaya dengan ekstrak beras yang memberi nutrien lengkap pada kulit. Sunblock Miracle Rice bertindak 2 dalam 1. Sebagai pelindung kulit dari sinaran matahari serta merawat kulit yang rosak akibat sunburn. 

Formulation sunblock Miracle Rice direka khas untuk kulit orang Malaysia, hihi. Kenapa? Sebab cuaca dekat Malaysia tak sama dengan cuaca tempat lain. Pemilihan skincare juga perlu mengambil kira faktor cuaca. Sebab tu lah, bukan semua produk import yang mahal mahal tu akan sesuai dengan kulit kita di Malaysia ni. hehe. KeMalaysiaan sangat kan. Hehe. Haruslah kan, lagi berapa hari je lagi 31 Ogos. Lalalala..

SPF30. Ya, SPF30 kalau nak diikutkan memang nampak macam sikit kan. Tapi tapi nak bagitau, jangan terpedaya dengan iklan yang katanya lagi tinggi kandungan SPF, kadar perlindungan lebih bagus. No! Salah tu. Itu hanyalah mitos. Noted that, SPF is Sun Protecting Factor. Okey, jom nak explain macam mana nak kira SPF dan SPF berapa yang sesuai dengan kita. Secara ringkasnya, jangka masa perlindungan adalah seperti berikut; SPF1 = 10minit, SPF15 = 150minit, SPF30 = 300minit. Rutin individu setiap hari adalah berbeza. Jangka masa perlindungan yang dimaksudkan adalah berapa minit anda terdedah dengan matahari. 

Contoh: Rutin Seorang Kerani.
Kira semula berapa minit anda terdedah dengan matahari sehari?
8.00 am masuk office
1pm-2pm lunch time (60minit terdedah matahari. Tapi selalu kita makan dalam restoren kan, bukan makan tengah panas, hehe)
2pm - 5pm dalam office
5pm - 6pm drive balik rumah (60 minit)
Total kerani terdedah dengan matahari selama 120 minit sehari. Jadi SPF yang sesuai untuk dia adalah SPF12. Cukup.

Contoh lain: Rutin Seorang Suri Rumah
Jemur kain kat luar 30minit
Kutip kain di jemuran 15minit
Sapu sampah di laman 10minit
Buang sampah 15minit
Keluar ke market 60minit
Keluar ke sekolah anak 30minit
Siram pokok 10minit
*semua anggaran saja tau
Jadi total terdedah matahari adalah 170minit.
Jadi berapa SPF yang sesuai untuk suri rumah ini? Yes, SPF17.

Contoh lain: Pergi Pantai
Pagi sampai petang lepak pantai.
10pagi sampai 6petang = 8jam = 480minit
Berapa SPF yang sesuai ke pantai? Yes SPF48 dah cukup tinggi. Takkan anda berjemur seharian? Maksudnya kalau apply sunblock kurang dari SPF48 pun dah memadai. :D


Water-based and Oil Free. Penghasilannya tidak menggunakan minyak. Confirm tak melekit sebab water-based. Tak berminyak. Cepat menyerap ke dalam kulit. Khasiat beras, Vitamin B dan Vitamin E yang ada dalam sunblock Miracle Rice ni buat muka rasa best sangat! Rasa moist. Rasa lembut. Basah. Nampak glowing. Tak tergambar youu.. 

Nak tahu tak, salah satu cara badan kita memperoleh nutrien selain daripada makanan adalah melalui kulit! 60% daripada apa yang kita sapu pada kulit diserap masuk dalam aliran darah. Kulit boleh serap vitamin dan mineral dan boleh serap bahan kimia berbahaya jugak! Ahaaa, sila berhati-hati ya dengan apa yang kita guna setiap hari. Jangan risau, Miracle Rice ni 100% naturals. Yang diserap masuk dalam kulit adalah vitamins ya. Hehe. 

Muka tampak lebih cerah sekata secara semulajadi. Suka sangat bila kulit nampak makin sihat dan cerah tanpa pengelupasan. Awesome lagi bila jerawat pun payah sangat sangat nak naik. Hebatnya ekstrak beras ni kan. Jeragat dan parut pun boleh pudar sepudar pudarnya!! Tak tau nak cakap macam mana. This is one of the best skincare product yang pernah Shad guna. Lagipun, tak rasa pedih muka. Tak rasa pedih mata. Shad selalu, kalau pakai bb cream or foundation ke, selalu rasa nak pedih mata. Tak tau sebab apa tah. Sensitif lain macam sangat. Tapi apply sunblock Miracle Rice ni, memang best, tak dak rasa that pedih mata tu. Awesome!


Kulit lembap tapi tak berminyak. Kulit fefeeling cantik sangat! This sunblock sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit jenis berminyak, kulit kering, biasa, sensitif, kombinasi, cantik, kulit normal semua boleh apply sunblock Miracle Rice ni. Lagi satu, sunblock Miracle Rice ni, tak letak any parfume. Memang itulah bau sebenar ekstrak beras. Sesuai untuk mereka yang belum sunburn dan telah sunburn. Memang terasa lain macam best, sejak guna sunblock Miracle Rice ni. Keluar rumah tu, dah tak make-up dah. Just apply nipis lipsticks sahaja. Healthy looking skin gitu. 

And for those yang nak make-up, silakan. Boleh tak ada masalah. Lepas apply sunblock Miracle Rice, boleh make-up macam biasa. Shad sangat suggest kepada anda yang banyak aktiviti luar di siang hari. Mesti cuba this sunblock. It really give an awesome result on me. Muka dah tak burn dah sekarang. Jujurnya, kulit Shad memang jenis yang akan sunburn teruk sangat sangat bila under matahari. Nak nak lagi time kawad dulu dulu masa dekat Uni, memang kenangan sangat dapat muka hitam teruk. Can't imagine. Ada lagi simpan gambar muka hitam tu. Since dah ada sunblock MR best ni, terasa happy nak lompat bintang. Tak risau dah kalau keluar rumah. Melindung sambil merawat! 

Kesimpulan | Sunblock Miracle Rice

1) Tak berminyak dan tak melekit
2) Tekstur yang sangat ringan dan mudah serap dalam kulit
3) Spf 30 (tahan 5 jam panas matahari!) 😍
4) Sesuai sangat untuk kulit asean macam kita nie 😁
5) Sesuai untuk semua jenis kulit dan color kulit
6) Bukan sahaja melindungi tapi at the same time dia merawat kulit 😘
7) Jerawat, jeragat, open pores, kulit berminyak dah tak menjadi masalah.
8) Tona kulit pun jadi sekata and instant cerah!πŸ˜„
9) Dah tak risau nak kene cuci muka dulu kalau nak solat sebab MR nie water based.
So air boleh terus serap masuk.
10) Paling best bila pakai MR nie rasa cam tak pakai paper jer. Very smooth 😘


Product Name: Miracle Rice
Made from: Malaysia
Active Ingredients: Oryza Sativa (Rice), Vitamin B and E
Direction: Use at the end of your skincare routine.
Apply generously 15minutes before sun expose. Daily.

Nett: 12gram
Price: RM50 exc postage (sm rm7 / ss rm11)
Where to buy: Walk-in at BioShoppe Kedah, City Plaza, Alor Setar.
Buy online: Whatsapp Shad 013-408 9328

You Might Also Like

1 Comment

  1. Whoa, okay ada Oryza Sativa! meaning I could see this sunscreen is the moisturising type one. :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored