7 Hari Mencintaiku Novel & Drama Review

by - November 24, 2016

Greetings and Assalamualaikum to all.

[Review] 7 Hari Mencintaiku Novel dan Drama. Selamat pagi indah ceria. Terasa macam dah lama sangat tak update entry review novel kan. Seriously dah lama tak update list novel latest yang best best. Jujurnya, kekangan masa. Tak sempat nak membaca. Kalau dulu, sebuah novel boleh habis dalam masa sehari saja. Ini, seminggu pun belum tentu habis lagi membacanya. Betul lah kot, sejak sejak dah umur makin meningkat ni, makin menipis pulak minat yang satu ini sikit demi sikit. Sikit masa lagi, kalau dah getting married, rasanya macam dah kabur harapan nak teruskan hobi yang satu ni. Apa apa pun, future kita tak tau. Tiba-tiba dapat ilham, terpublish sebijik novel sendiri pulak kan? Mana nak tau, ye dak. Okey enough merapu. Back to the topic.


Kaki drama, ada yang layan drama Melayu 7 Hari Mencintaiku ke tidak? Hehe. Kalau tanya kaki novel, karya Siti Rosmizah 7 Hari Mencintaiku memang antara karya yang sangat best. Novel best seller lagi tu. Karya yang sangat dekat dengan kita. Karya yang penuh dengan drama kehidupan seorang insan. And for sure, banyak sangat pengajaran yang ditonjolkan dalam novel 7 Hari Mencintaiku ini. 

Shad sempat layan drama adaptasi novel ni episod minggu pertama. Mostly flow jalan cerita memang tidak mengecewakan. Same like macam dalam novel. Dialog pun lebih kurang sama. Watak-watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku ni pun memang semua best. Menjadi gitu. Sesuai dengan karakter watak dalam novel. Mia dengan sifat lepas laku dan mulut lancangnya, Khuzairi, manusia paling baik dalam drama ni yang punya sifat sabar tahap terlalu nak menjaga perasaan semua orang sampai bahagia sendiri pun entah bila nak bersinarnya. So far, best lah drama adaptasi ni sebab semua pelakon best and pandai sesuaikan dengan watak masing-masing


JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
KARYA ASAL : Siti Rosmizah Semail
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Shukri Yahaya (Khuzairi), Siti Saleha (Mia Adriana), Wan Sharmila (Sofie), Syazwan Zulkifly (Helmi), Ungku Hariz (Khalil) , Bil Azali (Zaidi), Zulkifli Ismail (Datuk Megat Idrus) , Zila Bakarin (Datin Hayati) , Zarynn Min (Nurul Ain), Anne Abdullah (Mak Andak), Idris Md Diah (Pak Andak), Lia Natalia (Zurita), Liza Abdullah (Mak Leha), Rosnah Johari (Roziah), Aman Graseka (Pak Samad), Shaharuddin Thamby (Dato Johari) , Mohd Ariff (Buntat (Shahrul)) , Mak Wan Latah (Mak Limah), Faye Kusairi (Syakilla) , Megat, Jaja Iliyes DFKL (Nadia) , Datin Ira Ghani (Maria), Nor Amisah, Nurfatin Amalina, Dato Ahmad Fauzee (Dato Razman), Shadip Azan, Ben Ryzlan (Tan Sri Raziq)

LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah 


Sinopsis/ Jalan cerita/ Back Cover:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Nilai dan pengajaran yang boleh diambil dalam novel/drama 7 Hari Mencintaiku:
  • Jangan jadi hamba kekayaan. Yang kaya pun boleh jadi miskin dengan sekelip mata. Kun fayakun. Maka janganlah bermegah dengan kekayaan yang kita ada. Sebab harta dan kekayaan ni tak boleh bawak mati pun. Lagi-lagi kekayaan yang bukan dari hasil titik peluh sendiri. 
  • Jangan terlalu membenci sesuatu, sebab in future kita tak tau, bila Allah balikkan hati kita terjatuh suka pula dengan sesuatu yang kita benci dan tak suka tu. Nak lagi bila sesuatu/orang yang kita benci itu suatu masa akan datang jadi hero/heroin dan penyelamat hidup kita. Siapa tahu kan. 

  • Jangan perlekehkan orang lain. Dia miskin ka. Dia orang kampung ka. Dia kerja gembala kambing ka. Siapa kita nak menilai seseorang. Apa nilainya pada pandangan mata manusia jika nak dibanding dengan nilai dan martabat seorang hamba di mata Tuhan.
  • Hormati yang lebih tua. Sayangi yang muda. Saling bertolak ansur antara satu sama lain. Barulah hidup kita aman, bahagia dan gembira. Ya, bercakap memang mudah kan. Easier said than done. Try to put yourself in others shoes. Sebagai contoh kisah perang antara mertua dengan menantu macam Mia dengan Mak Leha. Tengok boleh hadap ke tidak. Hehe. Whatever it is, whatever it was just keep trying and trying. Cuba sedaya mungkin buat yang terbaik untuk memulihkan keadaan, menjernihkan hubungan. Sebab bila kita getting married to somebody, kita bukan kawin dan hidup dengan pasangan kita sahaja, tapi kita akan hidup dengan seluruh keluarganya. Errm, panjangnya part ni. Heee.. I am still single ;)
  • Jangan dengki dengan kebahagiaan, kesenangan dan rezeki orang lain. What you give is what you get. Right. Dan sungguh rahmat Allah itu melimpah buat semua makhluk. Rezeki Allah luas buat semua hambanya yang taat, kuat berusaha, sabar dan bersyukur. InsyaAllah, mudah-mudahan. Tips dia mudah sahaja, kalau nak gembira, cuba gembirakan orang lain juga. Kalau nak rasa disayangi dan dihargai, maka sayangilah dan hargailah insan sekeliling anda selayaknya. Nak juga merasa rezeki yang cukup (harta), maka berusahalah.


  • Pintu taubat sentiasa terbuka. Ini tanda Allah kasih dengan hamba-Nya. Sebelum terlambat, bertaubatlah. Change for the better is not a crime. Ya, betul. Nak berubah jadi baik tu tak mudah dan tak susah. Cabarannya itu sentiasa ada. Dah baik, nak istiqomah baik itu pun ada cabaran jugak. Dan percayalah, jika betul hati dah berniat untuk ke arah yang lebih baik, InsyaAllah Allah akan hantar pertolongan. Allah permudahkan jalan. Allah hantar orang yang baik-baik dekat kita. Mudah-mudahan.
  • Sabar. Toleransi. Saling percaya. Saling menerima kekurangan dan saling melengkapi. Itu adalah kunci kebahagiaan rumah tanggga atau sesebuah hubungan. 

Okey, banyaakk kan pengajaran yang boleh kita ambil. Layan layan jugak, yang penting kita dapat something. Mana yang positif, yang baik-baik tu boleh jadikan ikutan. Mana yang negatif tu jadikan sempadan dan tauladan. 

Novel 7 Hari Mencintaiku memang bagi 5 bintang. Siap mengulang baca lagi lama-lama sekali. Kira boleh ingat lah jalan ceritanya tuuu.. Hehe. Kepada yang rasa macam nak try baca novel ni, boleh dapatkannya di kedai kedai buku seluruh Malaysia ya. Worth reading. Yang nak tengok drama pulak, boleh ikuti slot Akasia TV3 jam 7 petang setiap Isnin hingga Khamis. Bolehlah kalau nak layan sometimes kan. 

Thank you for reading all. Have a nice day.

You May Also Like

1 Comment

  1. singgah pagi khamis
    hari ini x dan nak baca lagi bz
    nanti anum singgah ya

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You