Contest WinRoopawanRM500 Cash

by - November 26, 2016

Greetings and Assalamualaikum to all.

Contest WinRoopawanRM500 Cash. Selamat berhujung minggu semua. Nak holiday ke mana tu cuti sekolah kali ni. Jujurnya, shad dah lama tak pergi holiday dengan satu family. Sebab tak cukup corum nak pergi. Ada yang duduk asrama, ada yang dekat uni, ada yang kerja, banyaklah asbab dia tu. Kalau pergi pun, mesti ada jugak sorang dua yang tak dapat follow. Tapi so kay lah, pergi jugak tapi dengan member-member. Asalkan have fun itu ada. Hehe. Setelah sekian lama, next holiday with family dirancang nak ke Langkawi bulan depan. Untuk kali yang kedua. InsyaAllah. Kalau tak ada aral.


Aktiviti lain yang best time cuti sekolah ni dah tentu-tentulah bulan makan kenduri. Kenduri kesyukuran, akikah, berkhatan dan tentunya jemputan majlis perkahwinan. Best sebab ada makanan sedap-sedap disamping nak meraikan pengantin, tetamu, dalam masa yang sama ada terselit kemeriahan dan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Part paling best bila sepupu sepapat kita punya majlis. Boleh berkumpul dengan satu keluarga besar. Memang happening sangat. 

Jemputan memang akan jadi double bila masuk cuti sekolah. Nak lagi bila kita ada keluarga besar, bila kita ada ramai kenalan. Lepas tu mulalah duk menggaru kepala depan almari baju. Tengah berfikir nak pakai baju apa. Kalau wanita pulak, ada add on lagi dengan tudung, beg, kasut nak fikir. Macam complicated pulak kan. Hehe. 


Jom sama-sama kelihatan rupawan dengan membeli-belah di Roopawan. Pernah dengar tak tentang Roopawan. If this is your first time, Roopawan merupakan salah satu platform membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai jenis pakaian, scarf, aksesori seperti kasut, handbag. Juga tidak ketinggalan, perfume, barangan kesihatan dan kecantikan. Senang cerita, macam butik online lah. Haa, faham tak. Hehe. Shad pun baru tahu jugak. Jom support usahawan tempatan.

From the web: 
www.roopawan.com : Malaysia's first Islamic fashion & beauty e-commerce platform established in 2016. Roopawan provides wide range of reputable brand names including by emerging fashion designers - from traditional classics to urban modest chic daily wears. We always ensure that the products we feature are affordable and we also offer free express shipping within Malaysia.
 
Products on Roopawan have gone through stringent quality control process with modesty and elegance in design as our top priority. So play up your personal  style with Roopawan. Indulge in a hassle-free fashion shopping experience with a return service that is safe, convenient, and easy to use.


Good news kepada anda yang mempunyai akaun Instagram, Roopawan tengah buat contest best di Instagram iaitu contest #WinRoopawanRM500. Hadiah yang ditawarkan ialah RM500 Cash + 10% code diskaun berbelanja di Roopawan. Tiga pemenang bertuah dicari. Pemilihan adalah melalui cabutan bertuah dan pengumuman pemenang akan dibuat secara live cabutan dari masa ke semasa di Facebook rasmi Roopawan (https://www.facebook.com/roopawan) dan Instagram. 

1st Winner dah diumumkan pada 23 November 2016 baru ni. Dan pemenang bertuah itu ialah, Cik Siti Norsharifah a.k.a shadhira_. Iyee, saya lah tu. hehe. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga buat penganjur Roopawan, buat contest awesome ni. Ada dua lagi pemenang yang dicari. Sempat lagi kalau nak sertai. Tarikh contest ini dari 15 Nov hingga 15 Dis 2016. 


#WinRoopawanRM500
Tarikh contest: 15 Nov - 15 Dis 2016
Hadiah: Cash RM500 beserta code 10% diskaun berbelanja di Roopawan 
Pemenang: 3 Pemenang

Bagaimana untuk memenangi wang tunai RM500 dan baucer diskaun Roopawan? 

1. Daftar akaun anda di www.roopawan.com
2. Wajib follow akaun Instagram @Roopawan
3. Tag 5 orang rakan baik anda di ruangan komen di bawah foto ini di instagram @roopawan.
4. Repost gambar ini dgn hashtag #WINROOPAWANRM500
5. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Hanya 3 orang pemenang bertuah sahaja yang akan mendapat wang tunai RM500 setiap seorang dan 10% diskaun kod membeli-belah di Roopawan.com.

Senang bukan untuk memenangi wang tunai RM500 dan 10% diskaun kod beli belah di Roopawan.com? Apa lagi? Jom mula tag kawan-kawan baik anda! #roopawan #roopawaners

Pastikan akaun instagram anda diset kepada "public" untuk pihak kami memilih pemenang-pemenang bertuah! Boleh terus ke Instagram Roopawan untuk join dan maklumat lanjut. Klik SINI

Jemput join ya. Mana tahu, rezeki menang 2nd Winner dan 3rd Winner. Thank you all for reading. Kalau ada giveaway, contest yang best gempak, sharing sharing tau. Happy holiday and have a nice day.

You May Also Like

3 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You