10 Things I Like and Dislike | Day 13

9:30 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.


10 Things that I Like and Dislike. It had been days since my last post. Internet tak hada, so tak boleh nak online. Hehe. So, jom selesaikan challenge untuk hari ke-13. Thank you JDTblogger for doing an awesome challenge. Now I have a list of the thing that I like and I dislike. 

10 Things that I Like

Biru and Purple
Anything yang ada color Biru and Purple, memang akan catch my attention. My favorite colors. Purple for Lavender. Blue for langit dan laut.


Reading
I have lots collection of Malay novel (most of all romantic genre) and lots of English PDF eBook. Mostly self-help and self-improvement genre. Some of my liking are Reclaim Your Heart (Yasmin Mogahed), Power of Positive Thinking, Mary the Exemplary Muslim Woman (Harun Yahya), Why Men Don't Listen and Woman Can't Read Map, Act Like a Lady, Think Like a Man and many more. 

Graphic Design
This is my passion. Most of the time that I spent during leisure, is about graphic design. I should take care of my eyes. Facing the laptop's screen for a long period of time will worsen the eyesight. After all, I am grateful that, I have something that I love to do. 

Kulit Sawa-Matang
Hoyeayh, for those handsome single guy with Sawa-Matang skin tone, I'm here waiting for you. Hehe. 

Pedas
Pedas baru best. Memang akan membuka selera Shad kalau ada rasa pedas dalam masakan. Kalau rasa plain ni, memang jarang makan nak bertambah. Confirm. 

Baking
Another thing yang Shad suka buat is baking. Rasa seronok je baking sebab ada orang yang nak tolong makan kek tu sambil cakap sedappp.. Hehe. Makan pujian betul kau Shad. Astaghfirullah. Tak baik buat sesuai sebab mengharap pujian. And the cake, tak boleh buat selalu, barang mahal kot sekarang ni. Hehe. 

KDrama
Hi KDrama lovers, another fan is here. Currently tengah layan KDrama Legend of the Blue Sea (cerita Ikan Duyung tuu) dan another one is Goblin (setakat ni, Goblin is my all time top 10 favourite Kdrama. Very recommended. Another 9 are DOTS, Kill Me Heal Me, My Love from Another Star, The Master's Sun, Oh My Ghost, Arang and the Magistrate, Moon Embrace the Sun, and more. Hard disk 1TB dah penuh dengan kdrama sahaja. Need a new hard disk. Sob sob. 

Kuih Seri Muka
The only 'kuih lembik' yang Shad suka ialah kuih seri Muka atau nama lain Pulut Sekaya. Kenal tak? Pulut di bawah, atas dia sekaya yang kaler hijau tu. Maaf penggunaan istilah 'kuih lembik' itu. Kuih-muih jenis talam dan seangkatan dengannya itulah yang Shad panggil kuih lembik. Haha. Suka makan kuih Pulut Sekaya ni, tapi sampai ke sudah tak pernah menjadi bila buat sekayanya. 

Aktiviti Lasak
Nampak ja macam ayu Shad ni, tapi Shad minat aktiviti lasak tau. Especially hiking and mount climbing. Luckily I am not afraid of height. Tak gayat. 


Snap Gambar Pemandangan
Banyak-banyak gambar dalam phone Shad, paling banyak gambar pemandangan, bunga dan tumbuh-tumbuhan. Uolls banyak gambar apa dalam phone? Selfie? Food? Ke sama dengan Shad. Gambar pemandangan, flora, fauna, langit. Subhanallah.


10 Things that I Dislike

Putih
Memang kurang gemar dengan warna ini. Sebabnya me is kulit tak cerah, memang mengelak untuk beli baju/tudung warna putih. Hampir tiada rasanya collection warna putih. Kain telekung berkecuali ye. Baju sekolah dan tudung sekolah dulu-dulu pun berkecuali. Avoiding warna cerah is me. Same concept applied in searching for Mr.Right. Hehe. Tak nak yang kulit putih. Haha. 

Talam Dua Muka
This is the most perangai manusia yang paling Shad tak suka. Hypocrite! Depan kita buat muka manis, belakang kita dicacinya. Habis dijaja satu kampung aib kita. Kuih Seri Muka yang tu Shad suka lah. 

Coffee
Selama 25 years, rasa boleh dibilang berapa cawan kopi yang dah pernah minum. Shad memang kurang gemar dengan minuman yang bernama Coffee. Mungkin bila dah bertambah umur sikit lagi, tersuka tak sengaja dengan Coffee pulak kan. Who knows. Dua benda Shad suka dari kopi. Satu, gula-gula Kopiko. Shad makan ja. Hehe. Dua, sabun badan Coffee bar (Scar Solution Body Bar). 

Add-Math
Maaf cikgu, saya memang tak boleh nak jatuh cinta dengan subject ni. Cikgu yang mengajar subject ni semuanya mengajar best. No doubt. Shad ada kawan lelaki yang I think he is dalam kumpulan mereka yang genius. Ahaaa. Bayangkan dia boleh dapat full marks in every Add Math's test. Kalau tak full marks pun, 99 marks. Remarkable! Unfortunately, I dislike Add Math. Kalau tak, dah lama fall in love dengan that classmate itu. Haha. Dislike Add Math but Like Math. 

Lipat Baju
Jangan contohi perbuatan malas Shad yang ni. Like seriously, memang dari dulu lagi Shad ni jenis pemalas nak melipat baju. Especially baju santai yang pakai hari-hari tu. Basuh lepastu hang. Sampai ke sudah duduk dekat hanger tu. Malas lipat sebab esok lusa nak ulang pakai balik baju tu. Nak pakai just ambik dekat hanger je. Jangan meniru aksi ini. Haha.


Binatang yang lembik lembut
Untuk kebanyakan binatang yang lembik dan lembut, shad memang tak suka dan geli. Nak contoh ka? Terbayang pun dah geli dah ni. Ulat, pacat, lintah, cicak. Memang musuh utama. Tak boleh tengok, mesti rasa meremang ja bulu roma. 

Make-up
Applying make-up masuk dalam benda yang Shad tak suka buat juga. I love make-up but I don't like applying make-up on my face. Heeee..

Jerawat
Really don't like this friend. I am 26 years old and kenapa jerawat nak berleluasa naik jugak. Jerawat ni banyak factor jugak kan sebenarnya. Hormone, persekitaran, tidur tak cukup, air minum kurang, stress, tuala tak bersih dan so many things yang boleh jadi penyebabnya. Tak kiralah kau pakai skincare harga seribu pun, kalau factor dalaman kau tak jaga shad. Hurmmm. Seddih.. 

Iron Baju
Disebabkan malas nak lipat baju yang bersangkut dengan hanger tadi tuu, so baju macam tak kedut sangat. Haha. Pemalas punya perempuan. So tak iron lah baju. Tapi kalau baju kedut seribu, memang hakak iron jugak baju tu. Macam shy shy cat je nak keluar dengan baju kedut seribu.

Touch Pad Mouse (Laptop)
Okey, tak suka guna touch pad mouse yang dekat laptop tu. Like seriously rasa tak puas nak buat kerja. Lagi suka guna wireless mouse. Lagi mudah kerja kot bagi Shad. Sebab dah lama guna mouse, bila mouse rosak memang jadi kekok nak guna touch pad mouse yang dekat laptop tu. Eh jap, betul ka istilah tu. Haha. 

Okey done 10 benda yang disukai dan tak disukai. Lama jugak menaip entry ni sebabnya macam blur tak tau benda apa yang suka, benda apa yang tak suka. Sebab me is jenis yang tak cerewet. Hehe. As long as benda tu tak memudaratkan, that is it. Just go on. Dan akhirnya, siap jugak entry ni. Well yes, manusia, citarasa tak sama. Barulah meriah dan bewarna-warni dunia ni kan. Thank you all for reading to the end. #31dayJDTbloggingchallenge

You Might Also Like

1 Comment

  1. we have something in common .. hahahha ... drop here for a while . come , visit my blog ..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored