English Itu Mudah Belajar Grammar dalam BM | Book Review

3:12 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

English Itu Mudah. Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu. Oh My English! Widely known that English is one of the International language. Pentingnya kita menguasai bahasa Inggeris ini kerana ia merupakan bahasa perantaraan yang paling utama dan banyak dituturkan di dunia selain bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Spanish, German dan lain-lain. Cuba bayangkan jika kita tersesat di tengah lautan manusia yang langsung tak faham bahasa ibunda kita, di sini pentingnya kita ambil peduli tentang bahasa perantaraan dunia ini supaya komunikasi dua hala dapat difahami.

buku english itu mudah

Menguasai sesuatu bahasa asing ini bukannya mudah. Even, bahasa pertuturan kita sendiri pun kadang-kadang penggunaan tata bahasanya masih ada yang salah kita gunakan. Kalau tak, takkan lah budak Melayu boleh fail subject BM kan. The rest is history. Hoho. Tak nak bercerita tentang itu. Dan sungguhpun menguasai bahasa asing itu banyak cabarannya, tetapi everything is possible right. Tak ada yang mustahil as long as you work hard for it. Paling penting sekali, bahasa ibunda bahasa kebanggaan kita. Dah mahir bahasa Inggeris nanti, tak payah nak menyombong sampai masuk kampung pun nak cakap omputih. Haha. Orang kampung pun pandai dah aisshh bahasa penjajah ni. Haha. 

buku english itu mudah

English Itu Mudah.
Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu

Back to the topic. Hari ni Shad nak review satu buku yang boleh bantu kita mempelajari tata bahasa Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Bagi Shad, nak belajar dan menguasai sesuatu bahasa asing, asasnya kita perlu tahu vocabulary (perkataan-word), grammar (tata bahasa) dan kemudian belajar membina ayat (sentence). Part yang paling susah sekali bagi Shad kalau bahasa Inggeris ni, tak lain tak bukan ialah grammar. Bayangkan, belajar berthun-tahun bahasa Inggeris ni dari darjah Satu sampai masuk U, Shad tak rasa yang Shad betul-betul confident dengan bahasa ni. Hehe. Apa-apa pun, buku English Itu Mudah InsyaAllah akan naikkan level kefahaman kita. 

Apa yang Best tentang buku English Itu Mudah

Penerangan dalam Bahasa Melayu
Kalau pergi bookstore, bahagian Language, memang ada banyak buku English grammar dan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Istimewanya buku English Itu Mudah kerana ia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penyampaian maklumat. Belajar grammar English dalam Bahasa Melayu lebih memudahkan untuk kita baca, faham dan kuasai. Tak gitu. This is a really nice book for beginners. Very recommended. 

Padat dan Jelas
Buku English Itu Mudah boleh bantu kita menguasai grammar English dengan lebih mudah, cepat dan berkesan kerana isi kandungannya yang padat dan jelas. Ada 18 tajuk grammar (127 topik) yang meliputi semua grammar dalam English dijelaskan di dalam buku ini (129pages). 

english itu mudah

Menarik 
Bagi Shad, buku ini sangat menarik dengan penggunaan ilustrasi bewarna sepenuhnya yang boleh membantu kita untuk faham dengan lebih jelas. Sesuai untuk semua golongan umur yang tahu membaca. 

Berkesan
English Itu Mudah juga bagi Shad amat berkesan kerana ianya disampaikan secara ringkas beserta contoh iaitu ayat English beserta maksudnya dalam Bahasa Malaysia bagi memudahkan kita untuk memahami sesuatu topik.

grammar in malay

Kendiri
Dengan adanya buku English Itu Mudah, Panduan Lengkap Pelajari Grammar dalam Bahasa Melayu ini, kita mampu untuk belajar secara kendiri di rumah dan jimat masa. Untuk beginners contohnya, boleh mulakan dengan memahi grammar English dengan buku ini serba sedikit sebagai permulaan, dan jangan malu bertanya dengan mereka yang lebih tahu.

Efektif
Buku ini juga amat efektif untuk dipelajari dalam masa yang singkat kerana ia menggunakan pendekatan perbezaan warna bagi setiap patah perkataan. Colorful gitu sambil menarik minat kita untuk belajar.

belajar grammar english dalam bahasa melayu

Overall
Adanya buku English Itu Mudah merupakan peluang terbaik untuk anda yang ingin mempelajari, memperbaiki dan menguasai grammar English kerana ianya disampaikan sepenuhnya secara santai di dalam Bahasa Malaysia. Mudah, Cepat dan Berkesan. Very recommended. It is very useful to me and I hope it find useful to you too. 

Book Name: English Itu Mudah
Writer: Mohd Fadhil Hafriez Bin Abdul Muttalib 
ISBN 978-967-10287-0-4
Number of Pages: 129
Price: RM20(SM), RM23(SS)

You Might Also Like

4 Comment

  1. Replies
    1. Bagus buku ni. Kalau yang dah faham 30%, boleh up jadi 60% at least lepas baca buku ni.

      Delete
  2. BAGUS LA BUKU NI..DULU CIKGU ADA JUAL TAPI MASA TU TAK RASA KEPENTINGANNYA..SEKARANG VIRAL DAH

    ReplyDelete
  3. shad beli kat mana buku ni.. akak nak cari la nak belajar bahasa english gak la..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored