Kenangan Pahit | Day 17

by - January 21, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

Kenangan Pahit | Day 17. Kejap nak on mood mengimbau kembali. Disebabkan I am a positif person kinda let bygone be bygone, so memang susah sikit nak flashback what is the worst thing that ever happened to me back then. Alhamdulillah. Thank you Allah sebab tak biarkan seorang Shad meratapi masa lampau. Thank you Allah sebab pinjamkan ketabahan dan kesabaran buat seorang Shad selama ini. Semoga ujian mendatang mampu ditempuhi dengan hati yang berlapang dada. 

Dalam Pahit Ada Manisnya

Ramadhan 2014
Tahun 2014 Allah hadiahkan ujian buat Shad sekeluarga. Alhamdulillah kesabaran seorang Shad, seorang kakak sulung mampu menempuhi tahap getir di bulan barakah, Ramadhan. Waktu tu ayah Shad kena stay dekat hospital sebab ada operation. Mak temankan ayah. Operation berjalan lancar. Masa-masa selepas operation itu yang getir. Seminggu mak dengan ayah dekat Hospital Alor Setar. Something don't seem right. Hospital Alor Star terpaksa hantar ayah Shad ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan lebih lanjut.

al-insyirah

Masa tu, adik Shad dua orang sekolah menengah (dua-dua lelaki). Jadi, mak seorang saja yang teman ayah. Shad dekat rumah, dengan adik-adik lagi 3 orang. Bayangkan waktu tu tengah bulan puasa, kita yang sebelum ni main celup-celup ja bangun sahur tolong mak masak, nak kena bangun every 4a.m untuk prepare meal. Bayangkan kalau tak terjaga, memang puasa tak bersahur lah jawabnya. Sebab shad kakak sulung, wajarlah shad yang bangun pagi kan. Alhamdulillah, mudah pulak terjaga. Budak laki dua orang yang liat nak bangun pagi tu pun, macam mudah pulak nak bangun. (Sebab shad garang Gila kat rumah) Haha. 

Part bangun sahur, alhamdulillah ok. Tapi sepanjang bulan Puasa tu, memang ada jugak masa-masa yang Shad menangis. Stress dan macam-macam lagi. Bila tinggal kami saja kat rumah, feeling terbuka tu rasa lain sangat. Semua macam tak berapa nak lalu makan. Macam tak ada selera sangat. Tapi memang gagahkan jugak suap. Masak berbuka memang masak jugak, tapi jarang sangat. Sebab macam masak tak sedap, tu yang macam tak lalu nak makan. Banyaknya beli lauk kat bazar Ramadhan. Terasa la sedap sikit. 

al-insyirah maksud

So itu sahajalah rasanya kenangan yang agak pahit tetapi manis di penghujungnya bagi Shad. Thank you Allah for giving me a tough heart. Shad tak anggap pun benda ini pahit dan bebanan, sebab ini ujian dari Allah untuk menguji setiap hambanya.

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You