Things that I did to Release Stress

11:50 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Things that I did to Release Stress. Selamat malam indah semua. It is time for a new 2017's planner to open. Welcoming entry for 2017 is on previous entry yah. Hehe. Hari ni nak spill out something to dear diary. I have been a little bit stress out recently. So many things happened. Yeah, dah namanya kehidupan, memang takkan lari dari masalah. Ada hari kita gembira, ada hari kita rasa nak menangis, ada hari kita rasa down and stressed. That's normal for a person who have a heart. Right, am I? So, hari ni nak share tips macam mana Shad hilangkan stress. Apa yang boleh kita buat untuk kurangkan dan campak stress itu. 

kuala perlis

1. Escape from Planet Earth. 

Hamboi hyperbola nak lari dari planet bumi. Hehe. Untuk tips pertama nak hilangkan stress ialah, go for a vacation or a short break. Pergi tempat yang dekat dengan rumah pun dah okey sebenarnya. Contoh pergi pantai atau air terjun. Tempat yang menenangkan. Ataupun bagi anda yang sukakan sukan extreme boleh pergi ke tempat-tempat yang lebih mencabar. Contohnya seperti hiking, mount climbing, jungle tracking, kayaking, masuk gua dan banyak lagi. Kira macam kita pergi holiday ni untuk distract sekejap dari masalah yang boleh menjadi penyebab stress. Dah ambil masa bertenang, boleh fukus semula untuk selesaikan segala masalah. 

2. Alihkan perhatian dengan melakukan kerja lain. 

Yang ni paling Shad suka buat bila stress. Shad ada satu tabiat pelik yang bagus untuk kebersihan dah boleh kurangkan stress. Tau apa Shad buat? I am a good cleaner in my own bathroom. Hehe. Memberus dan menyental lantai balik air tu dah tak terbilang lagi dah.Tak kira bila rasa down, rasa marah dengan someone, stress dan bila hadapi perasaan negative yang lain, inilah satu-satunya cara yang paling cepat Shad nak hilangkan stress. Memang rasa puas sangat-sangat bila menyental tu. Lepas kan segala rasa tak best dan stress tu dekat lantai. Fuh. Legaaa.

3. Go for a shopping or even window shopping.

This one kalau korang jenis yang suka dan akan outing and go for a shopping setiap kali bila rasa stress, memang kena lebih hati-hati. Pastikan tak bawak banyak cash dalam wallet ya. Kalau tak, baru setengah bulan, dah kopak. Lepas tu tambah satu stress lagi. Tak berpenghujung lah stress tu. Hehe. Memang terbukti shopping boleh kurangkan stress. Dah banyak kali cuba tips ni. Berkesan. Hehehe. Jalan-jalan cuci mata pun boleh. Siapa macam ni sila senyum lebar k. Hehe.

reciting quran

4. Reciting the Quran and Dzikr 

Sebagai seorang Muslim, rasanya tips yang ini mesti ramai dah cuba kan. Bila rasa hati tak tenang, tak tenteram boleh terus ambil wuduk dan bacalah Al-Quran. Alhamdulillah berkesan untuk dapat ketenangan hati dan jiwa. Pahala pun dapat. Selain membaca ayat suci Al-Quran, boleh juga lazimi lidah dengan zikirullah. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

sleeping bear

5. Sleeping like a Snow White. 

Sleeping like a Snow White or like a bear? Hehe. Oh my, this is another tips yang best. Jimat duit, jimat tenaga lagi. I bet ramai di antara kita yang suka tips ni. Hehe. Shad pun suka. Suka sangat. Tidur boleh merehatkan badan dan minda. Tapi jangan overdose tidur ya. Banyak tidur pun tak bagus untuk otak. Lemau je rasa bila over tidur. Badan pun rasa letih bila terlalu banyak tidur. 

6. Makan dan makan dan makan.

Okey, tips ni pun masuk carta antara top tips yang ramai di kalangan kita yang buat untuk hilangkan stress. Setuju ke tidak? Hehe. Sebab apa? Sebab nikmatnya rasa makanan lazat yang Allah bagi dekat kita tu, sampai boleh terlupa sekejap rasa stress. Subhanalllah. Alhamdulillah untuk nikmat ini. Ops, makan makan jugak, tapi jangan melantak sampai tak ingat dunia pulak. Berhenti sebelum kenyang k. Hehe. Kalau tak, mula lah berat badan naik lah, baju tak muatlah, seluar sendatlah. Apa nak buat lepas tu? Silalah bersenam yee. Bersenam pun boleh kurangkan stress jugak kan. Hehehe.

reading book and listening to music

7. Reading book and Listening to Music

Next tips is actually, more into what you love to do. If you like reading, then go for it. If you love listening to music, then enjoy listening. Tapi kalau Shad, lebih prefers mendengar dari membaca bila tengah rasa down or stress. Dengar lagu, lepastu elok tertidur like a baby. Hehe. 

Okey, done my 7 tips to release stress. Kalau anda pulak, apa yang anda buat untuk atasi stress. Share dengan Shad k. Mana tau kita boleh sama-sama cuba. Hehe. Sedikit pesanan. Pada Shad, kita tak perlulah nak ikutkan sangat rasa hati. Tak perlu nak terlalu stress. Sebabnya kadang-kadang tu, benda kecik je, benda tak ada apa pun, tapi kita yang buatkan that little problem tu jadi besar. Perasan tak? Kannnn. Things happened for a reason right. Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian. InsyaAllah ada jalan keluarnya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Keep praying dan usaha. Fighting!

That's all for today. Thank you for reading gaiys. Jangan stress sangat tau. Stress penyebab rambut gugur! Hehe.

You Might Also Like

3 Comment

  1. saya nak buat no 1. lah hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ramai suka yang nombor 1 kan.. Syok pi bercuti.. yeah!!

      Delete
  2. Nice list, kita sama lah! Kalau stress, suka betul mengemas. Kemas bilik, bathroom, vanity table.. :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored