Bedak Asmak Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis

by - February 23, 2017

Greetings and Assalamualaikum to All.


Bedak Asmak Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis. Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ terbesar bagi seorang manusia. Kulit bertindak sebagai pemisah di antara persekitaran luar dan dalam badan manusia. Ia berperanan untuk melindungi otot dan organ dalaman manusia. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Organ manusia yang mempunyai berat sekitar enam paun ini juga tidak terkecuali boleh mendapat penyakit. Tidak kena gaya kulit boleh menjadi kemerahan, mengalami kegatalan, pedih, luka dan sebagainya kerana kulit sangat sensitif kepada perubahan sekeliling. Kualiti udara dan alam sekitar yang kian merosot memburukkan lagi keadaan sekaligus memberi kesan buruk kepada tubuh manusia. 

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan kulit sama ada kulit badan, kulit muka ataupun kulit kepala. Salah satu punca berlakunya penyakit kulit ialah melalui pendedahan kepada bahan elergic secara terus kepada kulit sebagai contoh penggunaan sabun dan detergen. Selain itu, penyakit kulit juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran, keadaan cuaca yang panas, elergic kepada alam persekitaran, jangkitan kuman, fungus dan habuk, faktor keturunan, alahan kepada fabric pakaian tertentu, sensitif kepada sesetengah produk, perubahan hormon, air berklorin tinggi, pola pemakanan tidak seimbang dan sebagainya. 

Bedak Asmak Rawat Eczema

Antara penyakit kulit yang sering menyerang manusia termasuklah eczema, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, cacar air, kayap, panau, luka dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa, penyakit kulit ini berpotensi menyerang sesiapa sahaja tidak mengira bangsa, usia dan jantina termasuklah bayi. 

Ekzema 
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit. Punca sebenar penyakit ini tidak dapat dijadikan dengan tepat. Selain dari faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini, kajian mendapati bahawa penyakit kulit eczema juga mempunyai pertalian genetik. Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibu bapa. Kesan penyakit eczema pada bayi dan kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka, leher dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.


Psoriasis 
Psoriasis ialah keadaan kulit yang tidak normal. Kulit menebal lebih cepat iaitu 3 - 4 hari berbanding kulit normal yang mengambil masa lebih kurang sebulan. Kulit atau sel yang tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit ini membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku dan boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penyakit psoriasis ini dipercayai tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. 

Ruam
Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi rangsangan kepada kulit. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara penyebab terjadinya ruam termasuklah elergik kepada sesuatu bahan, terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama, cuaca panas dan sebagainya. Terdapat banyak jenis ruam termasuklah Ruam Panas, Ruam Susu, Ruam Lampin dan lain-lain. Kebiasaannya ruam dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh dan ianya menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai kerana ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Kredit info: 

Kudis Buta
Penyakit ini adalah disebabkan oleh hama gatal (betina). Ia gemar berada di bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya. Tanda penyakit kudis buta ini termasuklah gatal di seluruh anggota badan terutama pada waktu malam dan terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti. Anggota badan yang selalu dijangkiti ialah di bahagian badan, celah ketiak, keliling pusat, sendi lengan, tangan, celah-celah jari tangan dan kaki, punggung, dan kemaluan. Sumber: Wikipedia: Kudis


Kurap
Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya. Sumber: Wikipedia: Kurap


Kayap
Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster(VZV). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Sumber: Wikipedia: Kayap

Panau
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh. Tanda-tanda yang nyata bagi penghidap kulit berpanau ialah dengan kehadiran tompokan putih/cerah di permukaan kulit. Kulit yang berpanau sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk pulih.


Kisah Bedak Asmak (bedak yang boleh dimakan?)

Rawatan Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Menggunakan Bedak Asma 

Di sini saya kongsikan dengan semua cara merawat dan mengawal penyakit kulit Ekzema, Psoriasis dan penyakit kulit lain dengan meggunakan Bedak Asmak. Untuk pengetahuan semua, Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Ianya selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman-berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah saw berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Bedak Asmak Rawat Psoriasis

Kelebihan Bedak Asmak keluaran MHAM ialah ia mampu merawat masalah ruam pada bayi, mengawal masalah kulit ekzema, psoriasis, menyembuhkan kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain penyakit kulit. Apa yang lebih menariknya, Bedak Asmak ini boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout. 

Keistimewaan Bedak Asmak?

Selain merawat masalah kulit di atas, ia juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan penggunaan yang kerap. Cara penggunaanya sangat mudah, hanya sapu di wajah setiap malam sebelum tidur. Bedak Asmak ini boleh digunakan dengan tiga cara iaitu sebagai bedak sejuk, masker dan juga scrub untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih cantik, cerah dan bebas jerawat.


Bedak Asmak mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. Tidak menyumbat liang pori dan mampu merawat masalah kulit. Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.


Bedak ini telah terbukti mampu merawat ekzema, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain. Di sini saya sertakan beberapa testimoni pengguna Bedak Asmak yang sangat berpuas hati dengan keberkesanan produk ini. 


Jika anda ingin melihat lebih banyak feedback atau maklum balas dari pengguna Bedak Asmak, boleh terus ke Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi, Link Album

Alhamdulillah, semenjak pengguna menggunakan Bedak Asmak, penyakit kulit yang dialami menampakkan kesan yang positif. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Kuasa untuk menyembuhkan itu datang dari Allah, dan kita sebagai insan yang berkudrat, sewajarnya berusaha dan mencari ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian. Jika masih tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan, eloklah berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami. 

Berbalik kepada Bedak Asmak yang semakin mendapat permintaan tinggi ini, ianya adalah produk yang halal, bersih dan suci. Bedak Asmak ini ternyata selamat digunakan. Ianya kaya dengan mineral, 100% natural dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya. Gunakan tanpa ragu-ragu untuk menyelesaikan masalah kulit anda dan seisi keluarga. Teksturnya yang lebih halus, mudah serap dan sejuk apabila dipakai memberi keselesaan kepada pengguna. Produk premium pada harga TERENDAH! ini mesti dimiliki oleh setiap keluarga.

Cara Pakai untuk masalah kulit: Dipakai sekerap yang mungkin.

Bedak Asmak

Bedak Asma'
Keluaran: MHAM
Berat: 150g+- 
Harga: RM38

Sekiranya anda berminat ingin mencuba atau ingin menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus: 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Fb Page Produk : Penawar Ruam Pada Bayi

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di Facebook page : 

You May Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You