Merdeka! Happy 60th Independence Day

by - August 31, 2017

Greetings and Assalamualaikum.

Merdeka! Happy 60th Independence Day. Today is 31st August, the Independent Day of Malaysia. Diam tak diam dah 60 tahun negara kita, Malaysia merdeka. Jom kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara. Okey sebenarnya banyak yang kita boleh buat sebagai tanda kita cintakan negara. Semangat kemerdekaan dan cintakan negara bukan hanya di bulan Ogos sahaja, seharusnya ia berterusan sepanjang tahun dan forever. Contohnya jangan buang sampah merata, jaga kebersihan, jangan rosakkan harta benda awam dan banyak lagi. Wow, sayang sangatlah ni ye? Tapi kalau harga minyak dengan harga barang turun, mungkin boleh tambah lagi sayang tu. Haha.

Merdeka adalah apabila kita benar-benar bebas dari ikatan jahiliyah dan mengamalkan Islam sepenuhnya. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Definisi [mer.dé.ka] | مرديک ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri. Negara merdeka ialah negara yang bebas dari penjajahan. I am not a 'Sejarah' person. Tapi sebagai seorang warga Malaysia, I should be thankful, walaupun hidup zaman ekonomi yang mencabar, still I have enough food to eat and have a shelter to rest on. So, bersyukur dengan apa yang ada.

Malaysia is my home. Tempat lahir tanah tumpah darahku, this is where my dreams begin. What do I love about being Malaysian? Apa yang Shad suka menjadi rakyat Malaysia? I can say that, it is good to have many friend yang berbilang bangsa, kaum, agama dan budaya. Yes, 1 Malaysia. Special kan. Setiap bangsa mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, and it is good to know many language though. Nak special lagi? Rakyat Malaysia meriah dengan lorat/dialect negeri masing-masing. Nama duduk satu negara, tapi kadang-kadang orang belah utara lambat pickup dengan percakapan orang Kelantan-Terengganu and vice versa dan lorat-lorat lain. Itu belum campur Sabah Sarawak lagi. There are lots of things that we don't even know. 

Disebabkan banyaknya kaum di Malaysia yang dah tentu punyai cita rasa makanan tersendiri, maka menjadi rakyat Malaysia sangatlah best sebab ada pelbagai jenis hidangan dan makanan yang lazat dan menyelerakan untuk dicuba. Nasi lemak, nasi kandar, nasi kerabu, roti canai, dodol, nasi ayam, capati, pasembor, char kway teow, ayam percik, cekodok, cucur udang, kek lapis Sarawak, keropok lekor dan banyak lagi. 

Bak kata pepatah, hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Malaysia best jugak sebab banyak island/pulau-pulau dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Suka aktiviti lasak? Boleh panjat Gunung Kinabalu ataupun beraktiviti sukan air di Sungai Sedim. Suka main pantai, boleh ke Pulau Langkawi atau ke Karambunai. Cintakan alam dan suka tengok flora dan fauna? Jangan risau sebab Malaysia banyak gua. Gua Kelawar, Gua Kelam, Gua Tempurung dan banyak lagi. Many good places to visit and explore. 

Merdeka for me right on this time, ialah bebas dari belenggu hutang PTPTN itu baru namanya merdeka. Hehe. Aja aja fighting to me!

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You