First Try Donut Gebu

by - January 14, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all.

First Try: Donut Gebu. Selamat berhujung minggu kepada semua. Best bila holiday ni kan, boleh rehatkan minda, rehatkan badan sambil-sambil beriadah, bersantai dengan keluarga. Tapi hari ni Ahad, Shad kerja. Okey, jangan kacau mood. Hari ni sebenarnya nak menaip entry santai sahaja. Macam dah lama tak turun dapur sejak-sejak dah bekerja ni. Tunggu hari cuti saja kalau nak buat experiment dekat dapur pun. Maka terhasillah kuih donut gebu di pagi Sabtu 13 Januari 2018 berbekalkan resepi dari internet. Credit resepi kepada daridapuraida

This is my first time, so macam teruja nak abadikan tarikh keramat buat kuih donat ni dekat blog. So, here it is. Resepi donut gebu dari internet yang shad try. Jump to last image kalau nak tengok menjadi ke tidak donut shad. Hehe. 


Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan
Bahan A
1 paket yis kering (Mauripan)
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 cawan air suam 

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


Cara Penyediaan
1. Campurkan kesemua bahan A, kacau bagi rata dan biarkan sehingga kembang. Ketepikan
2. Mangkuk lain. Satukan kesemua bahan B dan gaul/ramas sehingga menjadi adunan seperti serbuk roti.
3. Kemudian campurkan adunan Bahan A (yis tadi) ke dalam adunan B dan gaul biar rata. 
4. Dah siap gaul rata, biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
5. Selepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap. Time ni ambil la sikit tepung untuk terap acuan
6. Rehatkan donut yang dah dibentukkan tadi selama 30 minit. Bagi dia naik kembang.
7. Dah nampak kembang tu, bolehlah menggoreng. Api sederhana.
8. Last sekali letak lah gula castor tabur-tabur dekat donut kita. Siap untuk dimakan. Hehe.


Shad pakai tekap yang saiz sederhana kecik. Untuk bahan dekat atas ni, boleh dapat dalam 30 biji donut yang sederhana saiznya. Tak tebal sangat shad buat. Nak kata gebu tu, macam tak adalah sangat. Kalau jenis gebu sangat tu, isi ataupun texture donut tu jenis padat, and shad tak berapa gemar. Kiranya untuk bahan dan cara penyediaan kalau ikut sebijik macam resepi kat atas tadi, memang kena dengan taste Shad. Donut ni macam sederhana gebu and rangup diluar bila makan. So tak adalah muak sangat. Tiga biji donut sekali hadap.

30 biji tak habis makan kalau goreng semua sekaligus. Pagi Shad goreng separuh, petang goreng separuh. Kalau anda nak simpan buat minum petang contohnya, anda boleh 'frozen' kan donut ni dulu. Caranya mudah saja. Donut yang nak buat 'frozen' ni, lepas proses tekap donut tadi, semasa proses nak menggoreng, anda hanya perlu goreng sekejap sahaja (dalam 15-20saat). Toskan, sejukkan sikit lepastu simpan dalam bekas bertutup. Nanti nak makan petang nanti, boleh goreng macam biasa. Siap.

Selamat mencuba.

You May Also Like

11 Comment

  1. Pandai shad buat kueh.. Tgk bhn senang je.. Insyaallah ada masa blh la zaza try cuba2.. X pnh lg masak kueh

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak buat donut.. Penyakit M melanda. Ntah bila la nak rajin buat donht gebu ni

    ReplyDelete
  3. akak lama tak buat dinut..baru2 ni buat donut terus tak jadi..hahaha..nampak gaya kena buat selalu la..

    ReplyDelete
  4. yummy ! saya suka makan je, kalau buat tu memang susah nak jadi. hehe

    ReplyDelete
  5. Cntik donut shad.. Boleh la try resepi ni... Selalu buat kuih keria je ..hahaha

    ReplyDelete
  6. ingat first buat donut mula2 cuba try n error suami kak ekin siap kata hak mana ok mana kena dengan tekak dia.. sampai suami jemu makan hahahhaha...

    ReplyDelete
  7. Rajinnya dia buat donut. Alahai teringat zaman kecik2 dulu temankan mak buat donut. Rindunyaaa. Tetiba sangat kan tengok donut boleh teringat kat mak.

    ReplyDelete
  8. Bagus artikal ni senang lepas ni nak buat donat. Sedap plak tngk donat tu

    ReplyDelete
  9. Wahhh thanks share resepi, nanti nk try buat. Rupanya senang je. Hehe

    ReplyDelete
  10. Mengidam donut gebu kawan buat. Ni terbca kisah donut pulak. 😅
    Nk buat yis hbis x beli lg.

    ReplyDelete
  11. Dapnya.. rasa nk cri donut.. nk buat tp dok sorg2 mcm x berbaloi

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You