Resepi Pancake Simple dan Sedap

by - February 04, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all. 

Resepi Pancake Simple dan Sedap. Happy holiday kepada semua. Korang perasan tak, entry Shad sekarang ni, bila hujung minggu je baru ada. Shad bukan malas okey, tapi sebenarnya tak sempat. Cewaah, konon busy sangat bekerja kan. Memang pun. Haha. Ni kira rajin boleh update entry time cuti. Hehe. 

So, tak payah nak buang masa, hari ni Shad nak share resepi pancake paling simple dan cepat untuk sarapan pagi. Bahan sedia ada di rumah, sebab tu lah cepat. Nak buat hidangan minum petang pun sesuai jugak. Nak tapau bawak pergi office pun sesuai jugak. Antara rajin dengan tak rajin saja. Setuju? Haha. Jom berpancake!

bahan pancake sedap

Resepi Pancake Simple dan Sedap
Saiz hidangan: 7 keping saiz sederhana 
Masa penyediaan : 20 - 30 minit.

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 ½ sudu besar gula
Secubit garam

1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/ marjerin (kalau tak ada, masuk minyak masak biasa yang korang ada di rumah)
1 cawan susu fresh milk/ low fat (kalau tak ada, letak air masak biasa pun boleh). Shad guna susu HL low fat perisa strawberry (jumpa dalam peti ais, hehe)


Cara Membuat:
1. Pukul telur hingga berbuih. Kemudian masukkan marjerin, kacau sebati.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan bahan A (tepung, baking powder,gula dan garam), gaul bagi rata sikit.
3. Kemudian masukkan bahan A tadi ke dalam telur yang dah dipukul sedikit demi sedikit. Selang selikan dengan sedikit susu hingga dapat kepekatan yang sesuai.
4. Kacau hingga sebati. Pastikan tak ada tepung yang berketul-ketul. Rehatkan adunan selama 5 minit.


5. Panaskan non-stick pan. 
6. Tuangkan satu senduk kecil bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.
7. Bila pancake tu nampak berbuih-buih sikit, terbalikkan pancake. Hasil bila terbalikkan pancake (kaler coklat2), biarkan seketika dalam seminit, lepastu boleh angkat. 
8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga bancuhan tepung habis. Siap sedia untuk dihidang. Boleh kalau nak makan macam tu saja ataupun nak letak coklat, kaya @ lain-lain perisa.


Okey, inilah hasil pancake simple dan sedap Shad untuk di makan waktu sarapan. Ada jugak yang letak esen vanilla sedikit dalam bancuhan tepung. Terpulang, ikut kesukaan masing-masing. Shad tak letak sebab esen vanilla dah habis. Lepastu, kalau korang tak ada susu segar kat rumah, boleh je sebenarnya nak pakai air masak biasa. So, kalau makan banyak keeping pancake pun, tak adalah rasa muak sangat kan. Tapi Shad suka letak susu segar. Hehe.

Boleh nak variasi kan resepi ni sebenarnya. Ikut citarasa masing-masing. Kalau Shad lebih suka makan Pankace macam tu saja tanpa letak penambah rasa (coklat/kaya dll). Siap breakfast Shad pagi ni, pancake + yogurt. Sedap dan berkhasiat di pagi hari. 


Lagi satu, kalau nak mudah memang kena ada non-stick pan di rumah. Senang kita nak sediakan, barulah tak melekat pancake kita dekat kuali kan. Favorite non-stick pan Shad? Semestinyalah dari Tefal. Harga dia memang agak mahal sedikit, but trust me, ianya sangat-sangat berguna. Tahan lama pulak tu. So, kalau nak buat resepi ni, dan nak pancake korang nampak cun lawa cantik, kena ada non-stick pan k. Hehe. Tak kisah rupa paras pancake? Sebab nanti masuk mulut sama jugak? Boleh je nak guna kuali biasa. 

Selamat mencuba. Mudah sahaja kan.

You May Also Like

18 Comment

  1. Hehe, shad reti but yg simple2 saja kak Ekin.

    ReplyDelete
  2. Rajinnya shad.. Wa teringin nk mkn pancakes.. Tp fmly xsuka...hmmm.. Sedih.... Mkn sorg2 xnikmat lak..huhu... Nk cuba la nnti..susu segar tu kalau yg ori boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad time cuti ja rajin Wa, rajin sikit je. Inipun kadang2 ja buat. Sebab kita taste Kampung, lagi best pekena nasik lemak. Hahaha. Susu tu boleh Wa pakai yang ori punya.

      Delete
  3. Cantik je bulat2 pancake ni.. Xpnh lg mbuat.. Ptg2 pekena dgn teh mavelesss.. Nk kena beli kualiti tefal lah nanti jgk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp, hehe. Try tau. Pancake jadi lawa sebab ada pan best. Hehe.

      Delete
  4. amboi pandain masak ye shad...boleh try nti resipi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Belum tahap pakar lagi kak. Masak masuk mulut sendiri bolehh..hehe. Try2, boleh variasikan jugak resepi ni.

      Delete
  5. Wah sedapnya.boleh cuba buat sarapan utk anak anak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad letak susu strawberi, rasa strawberi sedapp.

      Delete
  6. Oh guna susu color pink eh? Hehe patut la kita pelik kenapa color dia macam lain sket. Emi biasa buat pancake tak guna susu pun. Nanti nak try la resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, susu kaler pink jumpa dalam peti ais. Campak masuk jadi pancake. Rasa sesedap stoberi.

      Delete
  7. makan dengan syrup coklate ...wah..kegemaran anak2 akak..tapi jarang buat sebab kena buat satu2 tu..malas sikit..nanti akak nak try buat jugak la letak susu strawberry ..macam cantik je pancake kaler pink..hehe

    ReplyDelete
  8. geram tengok pancake shad..comey and helok kejadiannya..nti nak buatlah kat budak2..sbb budak2 ni dulu nah buat depa tak mkn..hihi

    ReplyDelete
  9. Alalala.. cantik kemas je pancake shad buat. Senang rupanya ye. Haha
    Blh la try nti.

    ReplyDelete
  10. Tengok pancake shad, terus rasa nak makan pancake panas2. Sedapnya.

    ReplyDelete
  11. Tengok lancake nampak sedap..nak buat pun senang jer tau

    ReplyDelete
  12. Wahhhh...senang je cara buatnya kan,bolehlah try lepas nni..


    Jemput baca artikel terbaru saya Produk Putihkan Kulit Yang Berkesan Dan Selamat


    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You