Cantik dan Sihat dengan EllVita Premium Berry

9:20 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Cantik dan Sihat dengan ellVita Premium Berry. Happy working and have a great day. Jangan lupa breakfast tau. Shad kalau pagi-pagi mesti kena sarapan dulu, kalau tak nanti confirm perut masuk angin lepastu mulalah nak sakit kepala, rasa pening2. Sesetengah orang boleh tahan perut sampai ke pukul 10-11pagi tanpa sarapan. And that, definitely not me. Breakfast is essential to everyone. Ambil sarapan pagi, barulah badan cergas nak lakukan aktiviti. And ada orang nak kuruskan badan dengan skip breakfast. That's a big NO! Kalau korang skip sarapan, confirm tengah hari nanti terpaksa makan sepinggan nasik sebab lapar! Say bye bye je lah pinggang ramping. Hihi. Kalau nak sihat dan dapatkan berat badan idea, mesti breakfast tau.

Premium berry

Jom amalkan breakfast yang sihat. So, hari ni Shad nak share my favourite drink, Premium Berry dari ellVita. Untuk maklumat, ellVita di formulasikan oleh Dr perubatan dan ellVita mempunyai rangkaian produk yang sesuai untuk semua dari kanak2 kecil hingga warga emas. Entry kali ni Shad story Premium Berry dulu ya.

Premium Berry ni bukan sekadar minuman biasa tau. Ia adalah minuman kesihatan dan kecantikan. Premium Berry merupakan minuman kolagen dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik dan terpilih dari seluruh dunia. Yang lebih menariknya, minuman ini terdiri daripada makanan Sunnah. Alhamdulillah. Diperkaya dengan 15 makanan tambahan iaitu Applephenon, Astaxanthin, Kolagen, Ekstrak Sakura, Strawberi, Buah Beri, Buah Delima, Kurma, Kismis, Tiin, Badam, Saffron, Habbatus Sauda, Madu dan Susu Kambing untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran setiap individu.


Sihat di Dalam, Cantik di Luar dengan Premium Berry. Kesihatan yang baik itu anugerah dan kecantikan luaran itu idaman semua. Tak gitu? Lumrah kejadian, kita semua memang sukakan yang indah-indah, yang cantik-cantik. Antara tips nak dapatkan kulit sihat dan cantik termasuklah, minum air putih secukupnya, dapatkan tidur dan rehat yang cukup, amalkan pemakanan seimbang, banyakkan buah dan sayur-sayuran, elakkan makanan berminyak, kurangkan garam dan gula dalam makanan, dan satu lagi amalkan pengambilan Premium Berry setiap hari. Banyak kelebihannya tau.

Khasiat Bahan Terpilih Premium Berry:

• SUSU KAMBING - Memperbanyakkan susu ibu, merawat gastrik, mencegah insomnia, membantu penghadaman, serta tinggi kalsium.
• KURMA - Memberi tenaga dengan segera. Juga mengandungi serat yang tinggi dan dapat meningkatkan keupayaan minda.
• TIIN - Membantu menurunkan berat badan , mencegah dari penyakit kanser dan diabetes, mencegah osteoporosis.
• SAFFRON - Merangsang Pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan kecerdasan minda, merawat migrain & asma.
• HABATUS SAUDA - Mencegah rasa letih, meningkatkan kesuburan, dan melancarkan kitaran haid. Anti-hipertensi, mengurangkan risiko kanser dan merawat keguguran rambut.
• BADAM -Menurunkan paras kolestrol dan mencegah masalah obesiti serta memerangi masalah rambut gugur.
• KISMIS - Mencerdaskan minda, dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
• BUAH BERI - Mengandungi antioksidan, menajamkan mata dan melindungi dari penakit jantung dan kanser.


• APPLEPHENON - Penjagaan kulit wajah, mengurangkan pigmentasi, mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Anti-oksidan yang terkandung juga dapat mengurangkan paras kolestrol.
• MADU - Melembapkan kulit, mengatasi jeragat, mengatasi bibir kering & pecah, mengandungi agen anti-bakteria & anti-radang.
• EKSTRAK SAKURA - Mengandungi Melatonin yang tingi, memutihkan dan melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit kusam.
• DELIMA - Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, menyahtoksid sel kulit dan meyingkirkan sel kulit mati.
• KOLAGEN - Memperbaiki masalah kulit dan rambut, bertindak sebagai anti penuaan dan menambah keanjalan kulit.
• ASTAXANTHIN - Melindungi kulit dari sinaran UV, merawat ekzema & dermatitis. Juga mengandungi fungsi anti-fungal.
• STRAWBERI - Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mencantikkan kulit.

Teruja nak minum tak? Banyaknya khasiat Premium Berry ni kan? Shad selalu jugak minum susu lembu segar, masak atas api sederhana, tambah garam sikit, memang sedap. Kalau susu kambing segar, Shad tak pernah lagi rasa. Beberapa tahun dulu, Shad pernah rasa produk minuman lain yang berasaskan susu kambing tapi tak kena dengan tekak Shad. Alhamdulillah, Premium Berry yang berasaskan susu kambing dari ellVita ni memang sedap, rasa berry dan kena dengan selera Shad. Tak ada bau hamis. Dengan khasiat 15 bahan aktif semulajadi, memang banyak kelebihan dan manfaatnya pada tubuh.


Kelebihan ellVita Premium Berry:

1. Tinggi khasiat semulajadi
2. Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu
3. Mampu menguatkan tubuh badan
4. Mmbekalkan tenaga dan sumber vitamin yang cukup untuk aktiviti seharian
5. Meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mendapat kulit yang cantik dan berseri-seri 
6. Meningkatkan keremajaan kulit dan mencegah penyakit kulit dan dari sinaran UV
7. Melawaskan sistem penghadaman.
8. Ia bersifat alkali, mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan
9. Menambahkan tenaga dan meningkatkan sistem imunisasi badan
10. Membantu mengurangkan kolestrol
11. Membantu mengurangkan stress dan mencerdaskan minda
12. Membantu mendapatkan berat badan yang ideal
13. Sesuai untuk Lelaki dan Wanita

Keistimewaan ellVita Premium Berry

Premium Berry dari ellVita merupakan revolusi susu kambing dan minuman kolagen dengan khasiat untuk kesihatan dalaman dan kecantikkan luaran.  Ia diformulasikan dengan 15 makanan terpilih, dan diperkaya dengan vitamin C yang tinggi yang sememangnya kita sedia maklum, bagus untuk kecantikan kulit. Premium Berry ini dihasilkan tanpa campuran susu skim atau susu lembu, ianya dari susu kambing tanpa bau hamis dan bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism). Mempunyai kandungan gula yang sangat rendah, sesuai untuk mereka yang tengah kawal pengambilan gula dalam makanan. ellVita Premium Berry 100% organik.


Review Shad Minum Premium Berry

Untuk packaging, ia didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet, Shad memang sangat suka sebab mudah nak bawa ke mana-mana. Nak pergi pejabat, nak bawa semasa travel. Mudah je cara penyediaan, bancuh dan boleh minum. Shad suka both, minum suam-suam waktu pagi, letak ais, minum sejuk waktu malam. Nikmat.. 

Premium Berry rasa susu plus buah strawberi dan campuran beri. Sedap rasanya, cuma kurang rasa manis je. Tapi bagus, boleh belajar kurangkan gula. Too much sugar pun tak elok untuk kesihatan kan. Hehe. Memandangkan ia formulasi dari susu kambing, mesti ramai yang tertanya-tanya baunya kan? Seriously cakap, tak ada bau hamis ke apa langsung. Boleh minum dengan happy tak payah nak tutup-tutup hidung ye. Hehe.

Lepas Shad amalkan Premium Berry, Shad rasa badan lebih bertenaga. Selalunya bila balik kerja, dah nak petang mesti rasa lesu letih. Lepas amalkan Premium Berry ni, sampai ke malam terasa cergas. Alhamdulillah. Shad happy sangat.

Yang lagi bestnya, Premium Berry ni buat Shad rasa kenyang lebih lama. Okey contoh, Shad minum Premium Berry waktu pagi sebelum pergi kerja dengan sebungkus bihun goreng harga RM1, nak tahu tak? Sampai petang dalam pukul 1 - 2 baru terasa betul-betul lapar. Kalau tak sebelum ni, pukul 11 dah terasa nak isi perut. Patutlah ada feedback pengguna Premium Berry cakap, minum ni boleh kuruskan badan. Memang betul lah. Ia kawal selera makan kita. Thank you.

Premium Berry juga bantu Shad untuk lawaskan sistem penghadaman. Kali pertama Shad minum, ada rasa senak perut sikit, mungkin baru nak serasi kot, so masuk tandas dua kali macam tu. Bagus jugak, macam detox buang toksin dalam badan ni. Lepas pada tu, semangat nak minum. Kulit pun ada nampak lebih berseri, lively gitu. Korang kena cuba tau. Best. 

Not convincing enough? Jom tengok apa kata pengguna Premium Berry. Korang confirm teruja jugak nak try nanti.





Nak tengok lebih banyak feedback pengguna? Klik link ini tau: bit.ly/testimoniellVita



Cara Penyediaan & Pemakanan ellVita Premium Berry

Penyediaan: Masukkan 4 skop/1 sachet Premium Berry (25g-30g) ke dalam 180-200ml air suam dan dibancuh. Boleh ditambah ais dan mengikut citarasa anda. 
Pemakanan: 1 cawan ellVita Premium Berry pada waktu pagi dan 1 cawan pada waktu malam untuk keperluan dan sumber tenaga tubuh badan anda.

*Elakkan menggunakan air panas mendidih untuk mengekalkan khasiat susu.
*Simpan di dalam bekas kedap udara setelah pek dibuka.
*Untuk mereka yang berumur 15 tahun dan ke atas/pengambilan 2 kali sehari.


Bagi anda yang ingin mengetahui status produk, jangan risau, minuman kolagen Premium Berry ini dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012). Produk ini keluaran muslim bumiputera dan diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI. Premium Berry juga telah diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Premium Berry, produk penuh berkhasiat, diperkaya dengan bahan semulajadi untuk kebaikan tubuh badan dan kesihatan kita. Premium Berry 15 dalam 1. Recommend, sekali try mesti nak lagi.

ellVita Premium Berry
Kuantiti: 20 Sachet x 25gram=500gram/box
Harga: RM60

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi
👉🏻Hotline: 019-2020 911
👉🏻Website: www.ellvita.com
👉🏻FB & IG: FB: EllVita HQIG: EllVita HQ

🌸ellVita: Tasty, Tested, Trusted
🌸ellVita: House of Nature
🌸ellVita: Hadiah terbaik buat dirimu
🌸ellVita: Revolusi baru produk berkualiti
Thank you all for reading.

*Desclaimer: I honestly write this review based on my personal experience trying the product. The results may varies and I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

You Might Also Like

13 Comment

  1. wow sedapnye nampak sis..kene try ni

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiatnya.. nampak sedap kalau yang sejuk tu..

    ReplyDelete
  3. 1st rime dgr susu kambing perisa stoberi..nak2 byk khasiat dia..tingin nak rasa

    ReplyDelete
  4. Ellvita berry memang sedapkan shad.kalau ba cuh leoas tu biarkan dalam peti sejuk bagi sejuk sekejap, lahi sedap.nikmat terasa di tekak

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap. Bahan nya oun bagus. Boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  6. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  7. Mesti rasanya ala-ala yogurt sikit. betul tak ?

    ReplyDelete
  8. Sedapnya susu kambing... Kita suka yang ada perisa macam ni... baru sedap sikit... dapat minum sejuk2 so yummy

    ReplyDelete
  9. disebabkan aku malas membaca... just nk tnya. laki boleh minum x hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, boleh bro. Lelaki pun nak hensem jugak..

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored