Pengalaman 3 Bulan Pergi Kerja Naik Bas

by - March 26, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all.

Entry harini entry santai-santai je. Sila senyum dulu sebelum baca tau. Tengah tunggu bas nak balik kerja, datang ilham ni. Terasa nak share story pengalaman Shad naik bas pergi kerja. Korang yang pergi balik kerja naik pengangkutan awam, Shad yakin, in your diary mesti pernah ada kisah-kisah best and tak best. This is life kan. Kalau sudi, jemputlah share pengalaman anda juga. Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan. 


Okay, berbalik kepada story Shad, kisah naik bas pergi kerja. Kalau ada yang belum tahu, I am no longer penganggur sejak bulan 12 tahun lepas. Hehe. Setelah sekian lama, akhirnya Shad dapat peluang dan ruang ni. Alhamdulillah, rezeki datang tepat pada masanya. Shad tak tahu kenapa Allah hantar Shad kerja dekat tempat sekarang, dan kenapa baru sekarang? Tapi I know, everything happens for a reason kan. Allah dah atur cantik dah setiap apa yang berlaku. Kita patut bersyukur. Thank you Allah. Terima kasih juga kepada Bos sebab sudi kongsi rezeki. Semoga ia membawa kepada lebih banyak kebaikan pada diri. Okey dah cukup dulu intro. Story penting tak masuk2 lagi. Haha. Jom baca pengalaman Shad naik bas ke tempat kerja selama 3 bulan. Sebenarnya sekarang pun naik bas jugak. Hihi.


Sebelum cerita pengalaman, kalau ada yang singgah Alor Setar atau Perlis, nak naik MyBas ni, boleh klik link ni ya (https://railtravelstation.com/mybas-kangar-perlis/). Ada semua maklumat yang korang nak. Nombor bas, route, fare(tambang), timetable/ jadual perjalanan semua ada. Shad naik bas nombor T14. Tambang dari Padang Perahu - Jitra RM1.70. Sehari shad spend RM3.40 untuk transport. From Shahab Perdana ke Jitra by bus dalam 30-45 minit. Means waktu petang balik kerja, Shad tunggu bas yang bertolak dari Shahab Perdana jam 1715 (5.15ptg), selalunya bas ni akan sampai dekat Jitra antara pukul 6.00 - 6.30 ptg.

myBAS Service T14 (operated by MARA Liner)
>> Kangar – Arau – Jitra – Kepala Batas – Pekan Rabu – Alor Setar (Shahab Perdana)

Fares
Flat Fare: RM6.60

Frequency
Saturdays – Thursdays: Every 1 hour 15 minutes
Fridays: Every 1 hour 30 minutes

Operating Hours
Saturdays – Thursdays: 6.00am – 7.45pm
Fridays: 6.00am – 7.00pm

Timetable (Saturdays – Thursdays)
Departure from Kangar: 0600, 0715, 0830, 0945, 1100, 1215, 1330, 1445, 1600, 1715, 1830, 1945
Departure from Alor Setar (Shahab Perdana): 0600, 0715, 0830, 0945, 1100, 1215, 1330, 1445, 1600, 1715, 1830, 1945

Timetable (Fridays)
Departure from Kangar: 0600, 0730, 0900, 1030, 1430, 1600, 1730, 1900
Departure from Alor Setar (Shahab Perdana): 0600, 0730, 0900, 1030, 1430, 1600, 1730, 1900


Pengalaman Best Naik Bas

1. Belajar berdikari. 
Bagi up sikit self confidence tu kan. I can say that, Shad seorang yang independent person, sebab Shad anak sulung. I need to be the kakak yang pandai berdikarilah kan. Umur pun dah nak masuk umur-belia-yang-kebanyakkannya-dah-bekeluarga. Lagipun, I am not the person yang suka susahkan orang lain. I know, you are the same. Kan kan? At least I boleh naik bas sendiri pergi kerja. hihi

2. Know more people. 
Along the way, dapat geng naik bas yang sangat sporting, siap suka belanja Shad makan lagi. Exchange wasap number, bila bas lewat ka, dah ada assistant tolong wasap bagitau. Hoyeayhh. Yes, diorang semua geng mak cik and pak cik, tapi jenis open minded suka share pasal life. Fun to chat with dan apa yang diorang story tu, boleh kita jadikan iktibar.

3. Feeling Happy
Feeling hati bunga api sekejap bila Pak cik bas ingat dekat mana kau nak turun. Tak payah cakap dah mana nak turun, baru saja kita melangkah anak tangga bas, pak cik siap tekan destinasi, hulur tiket. Hehe. Paling best, sebab abang hensem paling ingat mana I nak turun. Hehe. Muda lagi okay. MyBas dekat Kedah ni tak la macam rapid KL tu pakai touch kad je. Tapi still, selesa giler kerusi MyBas, empuk kerusi dia.

4. Grateful sebab selalu lucky. 
Alhamdulillah. This is the power of positive thinking. Kadang bila Shad ada kerja banyak dekat pejabat, balik tak tentu masa, kadang memang lewat lebih 30 minit dari biasa. Sambil jalan nak tunggu bas tu, doa panjang, harap-harap tak terlepas bas. Alhamdulillah. Elok je sampai dekat bus stop, bas pun datang. Happen many times. Alhamdulillah. Siapa pernah macam ni? Syukur, Allah nak tolong.  

Pengalaman Kurang Best Naik Bas

1. Kena Tinggal Bas
This is normal sebenarnya. Even ada timetable pun, masa tu bukan hak kita. Bukan milik kita. Kan? So, sejak 3 bulan naik bas ni, Shad pernah dua kali kena tinggal bas. First, memang salah sendiri sebab ralit/leka tengok phone sampai tak sedar bas lalu depan mata dan terus berlalu pergi tinggalkan asap je. Haha. Second time waktu tu pagi, nak pergi kerja. Tahan punya tahan, sekali bas tak nak berhenti ambik penumpang. I don't know salah siapa. Maybe pak cik bas tak perasan. Ataupun shift time tu kena dekat pak cik driver yang jarang dapat route area tempat Shad, so dia pun laju je lah. Jadi blur kejap bas tak nak berenti. Bukan nak lambai2 ke, kejar2 bas ka. Haha. So tunggu next bas. Lepas pada tu, terus tahan bas lelama sikit bagi pak cik perasan. 

2. Wait For Nothing!
The worse kejadian ialah bila kau tunggu bas punyalah lama, tapi bas tak datang. Dua kali jugak berlaku. Time balik dari kerja sekali, time nak pergi sekali. Naik next bas, dan pak cik driver cakap, bas sebelum memang tak jalan sebab driver cuti dan tak ada orang ganti! What?? Not an acceptable answer to hear kan? Malas lah nak buat muka masam, tak dapat faedah apa pun. And I am not a person yang akan cepat naik angin call SPAD ka apa buat aduan. Lainlah kalau sebulan 10 kali kau buat perangai tak nak bawak bas. Haha. 

3. Basah kuyup, hujan lebat payung lipat pun tak membantu sangat. 
Tudia, kemain lagi kan intro. Lumrah bila tak ada transport sendiri ni kan. Even kalau ada motosikal pun, dah hujan basah jugak. Hehe. 

4. Driver bas merokok dalam bas. 
Benda yang tak sepatutnya berlaku. Taulah penumpang ada dua tiga orang saja yang naik time tu. Mana boleh merokok dalam bas pak cik ooii. Awal pagi dah kena hidu asap rokok pak cik.  Sila jangan ulangi perbuatan ini ya. 

5. Penumpang bas yang kurang etika. 
Kau bayangkan, petang-petang kita balik kerja dengan letihnya lagi, ada pulak penumpang belakang seat pasang drama/movie/show apa entah dengan loud speaker. Kau rasa? Pening kepala hakak tau. Dahlah bahasa Tamil. Kotlah bahasa lain, bukak Maharaja Lawak ka, boleh jugak tumpang dengar, hiburan di petang hari. Ini tak. Satu apa pun tak faham. Ni bukan sekali kena, banyak kali jugak. And most of them, sorry to say, semuanya kaum India. Bukan nak bias ka apa ka, tapi this is the truth okay. Gamaknya, dia tertinggal earphone kot. Tapi, pada-pada lah nak bukak sound pun, satu bas boleh dengar kot! Hakak pandang sleekk je kat mamat India tuu.. Haha.. Tapi dia buat dono (don't know) jee. Haha.


So best ke tak best naik bas ni? 50-50 rasanya. Kelebihan, kita tak payah letih drive kereta sendiri, mungkin jimat sikit duit transport. Sikit je lah. Minyak sekarang kan mahal, tambang bas pun, bukan kategori harga murah. Hehe. Kalau bawak transport sendiri, tak payah nak tunggu2 bas dah, timing sendiri.

You May Also Like

4 Comment

  1. kinah dulu setahun pergi kerja naik bas. macam-macam peel dan ragam orang yang kita jumpa. pengalaman kena tinggal bas tu banyak kali gak la. kerani bas pun kena tinggal dengan bas hahaha. kalau ada driver yang merokok dalam bas tangkap gambar masa tu dan boleh buat report pada SPAD. pandai le nanti diorang buat kerja hehehe

    ReplyDelete
  2. haha, teringat waktu kje kat kl, mmg naik rapidkl, mcm2 ragan org yg bwak bas boleh jumpa, org yg naik lgi mcm2 ragam smpai kita naik takut pun ada..
    tmbah2 dgn warga asing, allahu..dah pernah kena kcau..

    ReplyDelete
  3. Lama sangat dah tak naik bas..tambah pula laluan bas kat alor setar bukan macam dulu..maybe banyak yang drive tu yang bas pun tak masuk taman dah..

    Akak dah follow..sudi² la follow back akak ye..www.iradzahir.com
    😉

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You