Cara Tambah Lirik Lagu dalam Music Player Huawei Nova 2i

by - June 26, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all.

Cara Tambah Lirik Lagu dalam Music Player Huawei Nova 2i. Hi everyone. Yes, sebenarnya Shad baru beli smartphone baru. Sebab smartphone sebelum ni (Lenovo Vibe S1 Lite) baterinya dah tak boleh nak kompromi lagi (jangka hayatnya 1 tahun 6 bulan). OK lah untuk price under RM500 (RM474 to be exact), sebab everyday on internet, everyday snap 100 pictures, photo editing, video editing, blog post entry semua Shad pakai Lenovo tu. Sayang sebab suka gambar yg snap dari telefon tu. Still boleh guna lagi, cuma perlu always on charge ataupun with powerbank. Suka lagi satu sebab tahan lasak. Jatuh banyak kali, siap jatuh 2 tingkat anak tangga lagi, still elok lagi. Lepas pada jatuh2 banyak kali tu, dia mula kacau bateri. So, hi hi bye bye.

Nova 2i ni kira phone raya lah. Alhamdulillah, rezeki dapat duit raya awal. Tarikh beli pada 7 Jun 2018. Still mood baru lagi ni. So far, memang suka lah dengan nova 2i ni. Mau tak suka, dah double the price tu. Hehe. Kepada anda yang ada smartphone yang sama, Nova 2i atau ada smartphone yang ada fungsi lirik dekat Music Player, boleh ikut step by step di bawah ya untuk tambah lirik dekat Music Player korang. Ni Shad tunjuk cara manual tau. Nak mudah? Boleh terus cari .lrc file. Kalau lagu-lagu yang famous, boleh terus Google, search for .lrc file. Confirm jumpa. Just tukar nama .lrc file tu je nanti bagi sama sebijik dengan tajuk lagu .mp3. Faham tak? Hehe. Tutoril below tau.

Cara Manual Tambah Lirik Lagu ke dalam Music Player Huawei Nova 2i


STEP 1 : LRC Generator
1. Search google for LRC Generator atau klik link di sini: http://www.lrcgenerator.com/

2. Paparan seperti di atas akan keluar. Mula dengan SEARCH LIRIK, pilih bahagian TITLE (tajuk lagu). Contoh di atas, Shad nak search lirik Perfect Two by Auburn. Taip Perfect Two kemudia tekan simbol Search, automatik akan di bawa ke new tab untuk cari lyrics.


3. Kemudian, bila dah jumpa lirik lagu, copy lirik tu kemudian paste dekat website LRC Generator tadi, dekat bahagian (type, paste or load the lyrics here). Dah siap paste, tekan SYNCHRONIZE untuk selaraskan lirik dengan lagu.


STEP 2 : Synchronize Lyrics
1. Akan keluar paparan seperti di atas lepas klik SYNCHONIZE tadi. Kemudian terus pilih AUDIO, upload dari phone uolls ye lagu yang korang nak tu. Dah siap pilih dan upload lagu, terus klik START untuk mula selaraskan lirik dengan lagu.

2. Start synchronize lirik lagu sambil dengar lagu. Bila nak masuk baris lagu seterunya (next line), tekan NEXT LINE. Buat sampai habis lagu.


STEP 3 : Get File

1. Dah siap synchronize lagu dengan lirik elok semua, klik GET FILE untuk download lirik tu. Nanti akan terus auto download .lrc file.

2. Dah siap! Mudah je. Buka Music Player, mesti dah load dah lirik lagu tadi. Good luck all. Selamat mencuba.


Cara Pantas & Cepat Tambah Lirik Lagu ke dalam Music Player
1. Search Google for .lrc (lyrics) file. Contoh Shad nak cari lirik Perfect Two. Dah jumpa, terus download file .lrc tu.

2. Pastikan nama (.lrc) file yang download tadi sama dengan tajuk lagu (.mp3) yang ada dalam phone kita supaya liriknya load nanti bila play music. Kalau tak sama? Samakan lah. Boleh edit tukar nama tajuk lagu (.mp3) atau pun nak edit file (.lrc) yang download tu. Janji sama nama. Okay. Lagi cepat kan cara ni. Hehe.



Memang pantas, tapi risiko dia bila (.lrc) file yang kita download tadi tak synchronize (selari) dengan lagu yang ada dalam phone kita. Timing dia mungkin jadi tak sama sebab starting awal2 lagu mungkin dah lari. Tapi boleh try and error. Hehe.

Thank you for reading my Tuesday Tech entry. Have a nice day!

You May Also Like

8 Comment

  1. Menarik tips ni :D

    https://theelya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. takguna huawei haha tapi manalah tau boleh buat rujukan nanti, nice sharinG!

    ReplyDelete
  3. saya pun pakai huawei juga.. baru tahu ni.. thanks sebab kongsi :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. boleh kira lgu dalam hp akak ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. Alahai akak pakai oppo hahhaah xleh ikut la ya

    ReplyDelete
  6. thanks kongsi ilmu.. berguna utk sy..


    jemput singgah.. https://saripkay.com/

    ReplyDelete
  7. All the essential rules of poker are adhered right here and the maximum win is 4000 cash for Natural Royal Flush . There are no surefire methods to successful your lost a refund. If your gambling practices have gotten to the purpose the place you're shedding cash you'll be able to|you possibly can}'t afford to lose 솔카지노 , might want|it's your decision|you may need thought of trying} look into getting skilled help for gambling habit. Video poker video games as we all know them obtained their begin within the mid-1970s, not long after the first wave of arcade video games like Pong and Night Driver.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You