Susu Fernleaf UHT Kegemaran Seisi Keluarga

by - October 14, 2018

Susu Fernleaf UHT Kegemaran Seisi Keluarga. Selamat pagi semua. Dah sarapan ke tu? Pagi ni Shad dan family sarapan sandwich dengan Susu Fernleaf UHT. "Drink your milk, it is good for you.."- Mom said this to me since I was a kid. Memang hari-hari kena paksa minum susu masa usia kanak-kanak dulu, sampai sekarang suka minum susu. And I'll do the same to my child, sebab susu memang bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. 


Menurut National Dairy Council, susu diperkaya dengan sembilan nutrien penting yang memberi manfaat kepada kesihatan kita. Sembilan nutrien ini termasuklah Kalsium (membina tulang dan gigi yang sihat; mengekalkan jisim tulang), Protein (befungsi sebagai sumber tenaga; membina/membaiki tisu otot), Potassium (membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat), Fosforus (membantu memperkuat tulang dan membekalkan tenaga), Vitamin D (membantu mengekalkan tulang), Vitamin B12 (mengekalkan sel darah merah yang sihat dan tisu saraf), Vitamin A (mengekalkan sistem imun; membantu mengekalkan penglihatan dan kulit yang normal), Riboflavin (B2) (berfungsi untuk mengubah makanan menjadi tenaga) dan Niacin (metabolisasi/metabolizes gula dan asid lemak). Sumber


Susu Untuk Seisi Keluarga
Susu digemari hampir semua lapisan umur kerana khasiatnya yang sangat baik untuk tubuh. Ia mengandungi nutrisi seimbang dari protein, lemak dan karbohidrat yang merupakan sumber nutrisi penting kepada tubuh individu. Susu juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik, terutama kandungan Kalsium yang berperanan penting dalam kesihatan tulang, juga tumbesaran kanak-kanak. Disebakan itu, susu menjadi minuman pilihan ibu bapa untuk anak-anak, golongan dewasa juga sukakannya kerana susu memberi sumber tenaga harian, warga emas gemarkannya kerana susu membantu menguatkan tulang. 

Susu UHT Fernleaf
Susu pilihan Shad dan sekeluarga adalah Susu Fernleaf UHT. Jenama terkenal produk tenusu dari New Zealand dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, Fernleaf memperkenalkan Susu Fernleaf UHT yang lebih mudah dinikmati di mana sahaja.


Fernleaf sagat mengambil berat tentang penjagaan lembu tenusu kerana lembu tenusu yang berkualiti menjadi keutamaan dalam menghasilkan susu yang berkualiti. Bagi menghasilkan susu yang berkualiti, lembu tenusu di ladang New Zealand diusahakan secara semulajadi dengan memberi kebebasan kepada lembu tenusu meragut rumput di padang yang subur tanpa dikurung. New Zealand dengan tanah yang subur, iklim yang selesa serta udara dan air yang bersih menjadikannya tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

Di sana, lembu tenusu dapat meragut rumput segar dan berkualiti secara bebas pada hari yang cerah dan secara langsung lembu mendapat kandungan vitamin D yang sihat seterusnya menghasilkan susu berkhasiat dan berkualiti tinggi dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang dikurung di dalam kandang. Dari air yang bersih, rumput yang subur sehinggalah kepada peringkat pengeluaran, ia dihasilkan dengan penuh dedikasi bagi menjamin kualiti susu pada tahap terbaik.


Penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand, susu Fernleaf UHT ini sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Susu Fernleaf UHT ini mempunyai 3 variasi yang mempunyai rasa yang sedap iaitu Full Cream (Penuh Krim), Low Fat (Rendah Lemak) dan Chocolate (Coklat) dan didatangkan dalam kuantiti 1 liter dan 200ml. Ia juga sesuai dinikmati sejuk. Susu Fernleaf UHT Coklat menjadi pilihan Shad.


Dengan khasiat susu yang berkualiti tinggi serta rasanya yang sedap, Susu Fernleaf UHT menjadi pilihan setiap isi rumah untuk dinikmati samaada ketika sarapan untuk memberi tenaga sepanjang hari, diminum sebelum tidur dan pada bila-bila sahaja dimana berada untuk kesihatan tubuh badan. Mmmmm 100% berpuas hati.

You May Also Like

2 Comment

  1. Kite pun suka susu jugak. Tp sejak preggy, tekak lebih suka susu perisa strawnberry. Kalau susu pure yg putih tu mcm x laju jee nak dihabiskan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, baby suka stoberi nih.. Shad kalau yg masuk peti ais laju ja minum, kalau yg xmasuk peti, slow sikit nk habiskan..hihi

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You