Novel Harga RM1 Sempena 12.12 Sale di Karangkraf Mall

4:31 PM

Novel Harga RM1 Sempena 12.12 Sale di Karangkraf Mall. Dah nak habis dah tahun 2018. How times flies kan. Bulan 12, genap setahun jadi PA to a Manager. Alhamdulillah untuk rezeki yang dikongsi. Kalau nak recap, memang tersangatlah banyak things happen dalam masa setahun, kan? So, skip the intro, harini nak cerita pasal novel. Like seriously, dah lama sangat dah rasa tak posting pasal novel dekat blog. Sebab sekarang satu novel pun paling cepat dalam masa seminggu baru boleh habis. Too busy with work it seems. Hihi. Tapi sebab minat and murah gila-gila punya harga, Shad dah beli 24 buah novel semasa 12.12 Online Sale di Karangkraf Mall last week.


Mau tak beli, sebuah novel hanya beharga RM1 sahaja. Bila dah harga gini punya berpinau mata tengok, apa lagi, terus borong lah. Kebanyakan novel under sale ni novel yang dah berada lama di pasaran and mostly novel keluaran Alaf21 dan Buku Prima. Kalau tak salah, ada lebih dari 200 tajuk untuk sale 12.12 haritu terdiri dari novel melayu (mostly), buku latihan murid sekolah dan lain-lain. Jenuh jugak shad baca sinopsis novel sebab walaupun murah RM1 sebuah, shad pulak jenis high taste, kena la cari yang best-best. Kalau tak, pakai baca separuh je la. Hihi.


Tajuk Novel Yang Shad Beli:
1. Bisik-bisik Gelora - Fauziah Ashari
2. Dia Tak Tanya - Aleya Aneesa
3. Kasih Benar Kasih - Aleya Aneesa
4. Dia Yang Kucinta - Indah Hairani
5. Anehnya Cinta - Eija Khadeeja
6. Ingat Janji Kita - Murni Aqila
7. Cinta Untuk Disewa - Lynn Dayana
8. Cinta Pencuri Mimpi - Lynn Dayana 
9. Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem 
10. Terus Cintai Aku - Aleya Aneesa
11. Aduhai, Mat Skema! - Levis Delisya
12. Kata Tak Rindu - Siti Nur Dhuha


13. Hei... Aku Kenal Cinta - Xeera Feeqa 
14. Antara Dendam & Rindu - Rabihah Nur Raihan 
15. Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila 
16. Kembali Padamu - Zulfati Hanis
17. Setelah Hati Berbunga - Iris Ixora
18. Cinta Top Secret - Laila Kamilia
19. Cinta Hujan Panas - Emma Maizura
20. Hati Kita Satu - Rania Firdaus
21. Memang Dia Orangnya - Weeda Airiza 
22. Sebenarnya Dia Milik Aku - Fatinilam Sari 
23. Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
24. Dinda Cinta Kanda - Nur Insyirah

Setiap pembelian Sale 12.12 ni, perlu cukupkan 12 buah buku untuk satu payment. Postage RM12. So, 12 buku beharga RM12, tambah postage RM12, total RM24. Shad buat dua pembelian, harga semua 24 novel ni termasuk pos adalah RM24 + RM24 = RM48 ringgit. Semua novel yang diterima dalam keadaan baik, berbalut. Means bukan buku reject ke apa ka. Cumanya, mostly published date dia dah lama. Hihi.


Bila lagi ada sale ni? shad pun tak tahu jugak. Ini pun rezeki, nampak kawan-kawan blogger post dekat facebook 12.12 baru-baru ni. Kita tunggu tahun depan la pulak ya. Kalau nak jugak sekarang, harganya on sale hanya beharga RM5 sebuah dekat website Karangkraf Mall. Ok, tamat cerita. Dah hujung-hujung tahun ni, banyak jugak sale kan. So, 24 buah ni entah bila nak habis baca pun tak tahu lah. Bila-bila free kita baca. Sep sikit sapa sempat grab novel banyak-banyak macam ni. Hihi. Puas lah membaca. Have a nice day. Bye.

You Might Also Like

4 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored