Mylara Perfect Glow Serum & Fix Glo Setting Spray Review

by - November 17, 2019

Greetings and Assalamualaikum..

Mylara Perfect Glow Serum & Fix Glo Setting Spray Review. Morning pretty, wishing you a great day. Sedar tak, kita dah menghampiri hujung tahun 2019! How time flies kan. Kulit sihat dan cantik memang impian setiap wanita. Azam nak kulit cantik, sihat dan bebas cela dah terlaksana belum? Ha kalau belum, kena salin checklist ni, tips nak dapatkan kulit cantik. Tips satu, pastikan consume air putih secukupnya setiap hari. Kebaikan mengambil air putih yang cukup antaranya, bantu lancarkan sistem pencernaan, bantu detox maka tubuh akan lebih segar dan sihat.


Tips kedua, dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Tidur yang cukup juga membantu pembentukan kolagen yang berfungsi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik. Tips ketiga, amalkan buah dan sayur, tips ni cliche tapi inilah yang diamalkan oleh mereka yang mempunyai kulit cantik. We are what we eat. Next, always lindungi kulit dari sinar UV di siang hari. Sinar UV boleh cepatkan kedut! So, pakai sunscreen setiap kali keluar rumah ya. 

Next up, skincare yang sesuai. Setiap hari kita terdedah dengan pencemaran dan habuk, sewajarnya kita mencuci wajah setiap hari agar tampil bersih dan sihat. Pengguna skincare dan makanan tambahan yang sesuai. Semakin umur kita meningkat, semakin jelas kesan penuaan. Inilah pentingnya pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat. Skincare pula membantu dari luaran bagi menyerlahkan lagi seri wajah. 


Mylara Skincare
Ditubuhkan sejak 2015, Mylara Skincare dengan pengalaman selama 4 tahun telah berjaya membantu mereka yang mempunyai masalah kulit dengan memiliki 90% feedback testimoni berjaya. Produk yang dikeluarkan juga telah menjalani dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara produk kecantikan wajah yang dikeluarkan termasuklah cleanser, toner, serum, essence, night cream, gel mask, acne gel dan banyak lagi. Boleh dapatkan secara loose item ataupun set di website Mylara Skincare

Untuk entry kali ini, Shad akan share experience Shad guna tiga produk dari Mylara Skincare iaitu Mylara Perfect Glow Serum, Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray dan supplement Collara Super Whitening Booster.


Mylara Perfect Glow Serum 10ml | NOT190402207K
Mylara Perfect Glow Serum merupakan serum wajah untuk mencerah, mencegah kulit kusan dan hyperpigmentasi serta mempu untuk memulihkan masalah kulit berjerawat. Serum jenis water-based dengan campuran bahan semulajadi ini akan memberikan kesan glowing serta-merta tanpa menyumbat liang pori wajah. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari penggunaan.

Fungsi
Mylara Perfect Glow Serum berfungsi untuk mencerahkan tona kulit, memudarkan parut jerawat, merawat sunburn, melembut, melembapkan kulit serta memberi kesan glowing.


Ingredients
Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene Glycol, Centilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin

Cara Penggunaan
Apply appropriate amount of drops on face and massage thoroughly.


Review
First impression, a nice cute packaging. Saiz comel dan didatangkan dengan dropper memudahkan aplikasi serum ke wajah. Serum jenis water-based concentrated, agak pekat sedikit dengan bau yang agak nice. Walaupun serum agak pekat sedikit, tapi ia tak melekit langsung dan cepat serap bila apply. After few minutes lepas apply serum, bila sentuh kulit wajah rasa agak smooth, lembut macam tu dan nampak sedikit glowing

Kulit Shad sekarang agak dry, some part macam dekat dahi super kering, lain-lain part normal. Lepas apply Mylara Perfect Glow Serum, kulit macam agak kering sedikit. For those yang ada dry skin type, Shad suggest, korang apply moisturizer dulu sebelum pakai bb cream/foundation. Ataupun boleh try spray Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray (act as face mist), bagi lembapkan balik kulit. Untuk parut jerawat, kulit Shad agak slow sikit. It takes time lah kan. Overall, Shad suka serum ni, tona nampak lebih sekata, ada improvement


Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray 20ml | NOT190402221K
Dengan hanya satu semburan Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray, ia memberikan kelembapan pada kulit dan juga bertindak sebagai primer pada wajah samada tanpa makeup atau dengan makeup. Face mist yang multi-tasking ini akan bertindak menyerap ke dalam kulit serta-merta untuk kesan glowing/bersinar. Mist dengan aplikasi ultra-halus ini akan memberikan kemasan sekata dan  bersinar pada wajah. The more you mist, the more intense you glow.

Kegunaan
- Face mist untuk melembapkan wajah yang lesu
- Liquid primer dipakai sebelum foundation/ cc cream
- Glowing instant untuk naked face
- Setting spray untuk make up tahan lama
- Mengencangkan kulit (v-shape anti aging)

Ingredients 
Deionized Water, Butylene Glycol, Methyl Glutech-20, Polysorbate 20, Mallow Extract, Ivy Extract, Pellitory Extract, Cucumber Extract, Witch Hazel Extract, Sodium Benzoate, Matricaria OIL (Azulene), Sodium Citrate, Citric Acid, Rose Oil, Imidazolidinyl Urea

Cara Penggunaan
Goncang. Apply sebelum dan selepas makeup routine. Jarakkan Fix And Glo 8 inci dari wajah dan sembur mist ikut pattern silang.


Review
Fix Glo Multitalent Glowing Spray didatangkan dalam bentuk cecair dan hadir dalam simple packaging dengan spray applicator. Shad suka dengan semburannya yang halus. Jadi mist tu spread evenly dekat muka. Walaupun baunya agak kuat dan pelik sedikit bagi Shad semasa semburan pertama, tapi tak perlu risau sebab dalam masa 5 minit selepas spray, bau tu akan hilang. 

Secara peribadi, Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray bagi Shad sangat awesome sebab ia boleh diaplikasikan untuk banyak kegunaan, memang best. Sebagai face mist, peningkatan tahap moist kulit Shad bertambah selepas satu semburan. Sebagai primer sebelum Shad apply BB Cream, memang nampak lebih fresh kulit Shad, bb cream sekata, mudah blend dan kemasan yang cantik. Leas dah siap makeup simple2 tu, terus spray lagi sekali untuk setting spray, supaya makeup tahan lebih lama. Satu yang Shad teruja, memang glowing kulit muka lepas spray dengan Mylara Fix Glo Multitalent Glowing Spray ni. Overall, memang best.


Collara Super Whitening Booster 90gram 
Cantik luar dan dalam merupakan idaman setiap wanita. Collara Super Whitening Booster merupakan serbuk pra-campuran susu, gabungan beri dan bahan-bahan natural lain yang berfungsi mengimbangi kesihatan dalaman dan menambah penyerapan anti-oksida tubuh supaya tona kulit lebih cerah dan sekata.  Serbuk larut di mulut mudah diserap oleh tubuh menghasilkan kulit yang cerah dan mulus dengan anti-oksida tambahan premium dan berkualiti.

Kegunaan
Fungsi utama ialah untuk mencerah dan menghaluskan kulit dengan campuran susu dan mixberries dan mengekalkan kesihatan wanita dengan khasiat sirih dan bahan  tradisional.

Kebaikan:
+ Mencerahkan kulit 97 kali ganda lebih power
+ Menjadikan kulit satu badan cerah kemerah jambuan
+ Menaikkan seri wajah
+ Mengurangkan jerawat dan jeragat
+ Merawat parut jerawat dan parut bekas luka/operation
+ Mengurangkan sunburn/kulit kering/kulit kusam
+ Membesar dan menganjalkan payudara dan punggung
+ Mengetatkan otot-otot wanita
+ Merawat keputihan
+ Atasi masalah senggugut, period tak teratur
+ Mengetatkan otot vagina
+ Menghilankan bau badan yang kurang menyenangkan 

Ingredients 
Dextrose Monohydrate, Mixed Berries, (Blackberry, Elderberry, Raspberry, Blueberry ). Instant Skim Milk (Milk Protein), Maltodextrin (Gluten), Vanilla Fish Collagen (Fish), Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Sireh, Parameria Barbata (Serapat), Pueraria Lobata, Vitamin C, Sucralose, Silicon Dioxide.

Cara Pengambilan
Ambil 3 sudu Collara setiap hari dan kemam sehingga serbuk mencair. Amalkan pada waktu pagi sebelum sarapan dan selepas makan malam sebelum tidur. Pengambilan maksima 4 sudu sehari. 


Review
Menariknya Collara Super Whitening Booster ni kerana gabungan khasiatnya untuk mencantikkan kulit disamping khasiat herba tradisional semulajadi bagi membantu merawat masalah dalaman wanita. Rasanya memang sedap. Berbentuk serbuk, mudah dikemam, rasanya tak masam sangat tak manis sangat kena dengan citarasa Shad. Ada disediakan sudu kecil di dalam setiap botol serbuk untuk consume mengikut sukatan yang disarankan.

Sebulan dah nampak perubahan positif. Kulit nampak macam makin cerah gebu pulak lepas amalkan Collara ni. Jerawat pun dah jarang naik, time period saja naik sebiji dua, tapi cepat kecut. Dari segi dalaman pulak, body rasa lebih bertenaga, tak lesu. Lagi satu yang Shad perasan, bau badan macam wangi. Peluh pun bau wangi. Sukanya Shad. Overall, Shad suka. Sedap rasanya dan nampak perubahan positif. Dah rajin nak bergambar dah sekarang ni, kulit getting better. 

Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran penting bagi wanita, tidak mengira lapisan umur untuk kelihatan cantik dan tampil berkeyakinan. Pemilihan skincare dan makanan tambahan yang sesuai juga membantu wanita mendapatkan kulit yang diidamkan. Dengan pengalaman selama 4 tahun, Mylara Skincare telah membantu ramai wanita di luar sana tampil cantik. 3 produk dari Mylara Skincare yang Shad cuba memberi kesan positif. Apa-apa pun, kena sabar dan berterusan untuk result terbaik. Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan di bawah. 

MYLARA SKINCARE

You May Also Like

9 Comment

  1. Bagusnya produk ni.. Ada luaran dan dalaman.. Tertarik pulak.. Lagipun akk mmg suka pakai serum dan spary.. Senang..

    ReplyDelete
  2. Nice produknya.. Bahan2nya pun okay.lengkap sekali dgn produk utk dalaman.. Good2

    ReplyDelete
  3. mmg berkesan yer, kulit shad mmg nampak perubahan dia..

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je dia punya glowing spray tu.kalau harga ok nak beli la nantim

    ReplyDelete
  5. Banyak juga kebaikan glowing spray ni. Nampak menarik pulak

    ReplyDelete
  6. Macam pernah dengar brand mylara ni.. Berminat nk guna yg spray punya tu..

    ReplyDelete
  7. menariklah produk ni, pertama kali tau tentang produk nih, serum dia macam best teringin nak cuba!

    ReplyDelete
  8. Glowing spray & collara macam best. Teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  9. Every one of our authors hold Master's certifications, and Ph.D's. in their different fields of specialization from the best colleges on the planet. We will help you at Pay Someone To Write Your Essay The authors go through a progression of tests to guarantee they are awesome and can deal with any complicated tasks.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You