Tip Bercuti Ke Bangkok

4:50 PM

Greetings..

Tip Bercuti Ke Bangkok. Travel merupakan salah satu aktiviti yang dapat bantu kita manangani stress. Kita tak dapat nak nafikan kesibukan kerja dan belajar tendency untuk stress tu sentiasa ada. So, kita ni perlukan rehat, kenalah pergi travel sesekali. Namun masalah utama kalau kita tak plan dengan baik semestinya duit. Oleh itu, bagi pendapat peribadi, perlu untuk kita ada kan satu tabung travel dan kenalah letakkan target bila kita nak pergi dan berapa duit yang kita perlukan nanti


Kalau nak pergi travel, boleh try gunakan Traveloka untuk booking flight, hotel dan sebagainya. Sebabnya,Traveloka selalu buat promo yang berbaloi untuk kita grab. So, rugi kalau dah ada promo tetapi kita tak ada saving untuk beli sebab selalunya kalau nak jimat bila travel jauh kena beli tiket minimum dalam 3 bulan awal. Dan janganlah limitkan kita punya flight dengan Airasia dan Malaysia Airlines sahaja. Banyak je lagi airlines lain yang kadang-kadang lagi berbaloi untuk kita. Antara yang boleh kita cuba Cathay Pacific flight booking. Harga yang berbaloi dengan keselesaan yang kita dapat waktu travel. Disebabkan hari tu, ada flights to Bangkok promotion, so nak share lah sikit tip yang mungkin berguna dekat sana nanti.

Seperti yang kita sendiri tahu, Bangkok merupakan ibu negara Thailand yang kaya dengan keunikannya yang tersendiri. Terdapat pelbagai tempat yang boleh kita kunjungi untuk menghayati keistimewaan sejarah Thailand yang kita takkan dapat di Malaysia. Hal ini disebabkan budaya, tradisi dan agama rasminya juga berbeza dengan kita. Seni bina kuil-kuilnya yang di jaga sangat rapi adalah satu benda yang perlu kita kagumi. Yelah bukan senang untuk maintain seni bina yang berusia berates tahun lamanya. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu terutama aspek keselamatan semasa di Bangkok


Keselamatan Barang Peribadi
Apabila di Bangkok, elakkan untuk show-off handphone di tempat public terutama yang mempunyai crowd yang ramai seperti di pasar-pasar. Hal ini kerana dekat Bangkok ni agak popular dengan penyeluk saku dan pencuri. Mereka ni ada je dekat mana-mana yang kadang-kala tak terjangka dek akal kita diorang ni akan mencuri di situ. Berwaspada tu adalah lebih baik. Dan jangan tinggalkan barang berharga seperti laptop dan passport secara terdedah di bilik hotel. Kalau ada safety box dalam bilik, simpanlah dalam tu, kalau tak ada bawalah bersama tetapi mesti berhati-hati. Kesimpulannya, kalau pergi bercuti tu tak perlu laptop tak payah bawa terus supaya memudahkan kita nanti.


Travel Takaful atau Insurans
Ini adalah benda yang paling penting bukan je dekat Bangkok, kalau travel tempat lain pun make sure ambil travel takaful or insurans ni. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ramai travellers tak nak ambil takaful ni sebab mereka rasa rugi kalau kita tak guna pun nanti. Padahal kalau tak jadi apa-apa tu kita kena bersyukur dan kalau jadi apa-apa pun kita dah ada pelindungan yang mampu bantu kita nanti. Kita ni kena sentiasa fikir the worst scenario sebagai persediaan. Terutama kalau di Bangkok ni penunggang motorsikalnya bawa motor dengan cara yang agak bahaya. Jadi kalau kita ada plan untuk sewa motor kat sana nanti, pastikan wajib ambil takaful atau insurans. 


Scammers
Lagi satu masalah di Bangkok ni terdapat banyak sangat scam pelbagai jenis yang kadang-kadang kita terkena juga walaupun dah cukup berhati-hati. Scam tuktuk ni antara yang paling banyak orang kena. Orang yang bawa tuktuk ni akan bawa ke tempat-tempat yang mereka akan dapat komisen sebelum hantar kita ke destinasi yang kita nak pergi dengan alasan tempat tu masih tutup. Dah kena double scam dengan tuktuk sahaja. So, sebelum pergi make sure kita kenal pasti betul-betul masa setiap tempat yang kita nak pergi tu untuk mengelak daripada ditipu. Selain itu, scammer yang paling famous di kebanyakan tempat ialah fixed taxi charge. So pastikan sebelum naik teksi pastikan teksi tersebut menggunakan meter sebab selalunya harga meter memang lagi murah daripada harga yang ditetapkan tu.

Ini adalah 3 basic benda yang perlu kita ambil tahu mengenai keselamatan semasa di Bangkok. Dan perlu untuk kita banyak bertanya kepada orang yang dah pernah pergi supaya kita boleh prevent perkara buruk terjadi. 

You Might Also Like

7 Comment

  1. Tuktuk tu yang kerap sangat kena. Even kadang2 dah berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. So far x pernah kena lagi..tapi perlu jugak berhati- hati...

    ReplyDelete
  3. Kalau bandar mmg kena extra careful sbb dia tau kita pelancong kan...

    ReplyDelete
  4. Nak bercuti di mana-mana pun perlukan planning dan paling penting jg keselamatan. Tips yg bagus utk rujukan.

    ReplyDelete
  5. Good sharing.. walaupun nak bercuti atau jalan-jalan kena beringat juga kan..

    ReplyDelete
  6. Kalaubp travel mmg kne hati2..insuran tu kene buat. Traveloka mmg kdg buat promosi

    ReplyDelete
  7. BETUL dan setuju sgt dgn tips ni

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored