Giler Kau? karya Dyadila | Novel Review

by - July 09, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all.

Giler Kau? karya Dyadila | Novel Review. Hi everyone, I'm back with a new book review. It had been a long time since my last blogpost on novel review. Hari ni nak review novel Giler Kau? karya Dyadila, novelis bestseller Doktor Cinta (terbitan Februari 2011). Ada yang pernah baca? Novel Doktor Cinta tu memang best sangat. Dan sekali lagi penulis novel tak mengecewakan pembaca sebab novel Giler Kau? ni pun best jugak. Novel wajib beli kalau anda seorang yang suka baca novel dan suka mengumpul novel dekat rak buku. Hehe. Worth buying and reading. 

novel giler kau review
gambar novel giler kau?

“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, 
tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”

Novel Giler Kau? merupakan terbitan April 2013. Okkey, novel ni dah ada versi cetak tahun 2013 lagi. Shad baru beli bulan lepas. Another novel best dari Dyadila, Menantu Vs Mentua. Yang ni Shad tak beli dan baca lagi. I bet, mesti best jugak novel tu.

Baca Online Novel Giler Kau? (http://dyadila.blogspot.com/)

1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ] [10
[11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] 

giler kau? dyadila

Sinopsis Novel Giler Kau?

Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik. Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka.

Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya. Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka. Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Shahrul sejak dulu. Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia.

Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?

novel Giler Kau?

Review 

Ok, novel ni memang best. Jalan cerita pun pretty nice walaupun cliche macam biasa, cerita cinta kan. Bertemu jodoh dengan jiran sebelah rumah, suami satu pejabat, gaduh-gaduh alih-alih jatuh cinta, marah-marah sayang. Dah memang itu realitinya kan, dalam kehidupan kita yang sebenar pun, kalau tak bertemu jodoh dengan budak satu office, mana lagi kan. Pilihan keluarga, bercinta dari sekolah menengah, bertemu jodoh di IPT dan sebagainya. Ok, tak nak membebel panjang. Back to novel kita.

Karya Dyadila memang tak mengecewakan. Memang tak rugi beli. Novel Giler Kau? dari mula sampai habis memang lawak sangat. Penulis memang pandai mengolah cerita. Gaya bahasa santai. Memang tak boring langsung bila baca novel ni. Walaupun tebal sampai 1k lebih muka surat dia, I bet boleh habis sehari-dua hari sahaja bila baca especially for those yang memang kaki novel. Memang lawak sangat part Shahrul dengan Intan bergaduh tu. Sampai tak perasan, eh dah separuh dah baca novel.

Shad bagi 5/5 bintang untuk novel ni. Gaya penulisan yang santai dan unsur humor dalam penceritaan novel ni memang the best. Novel maniac, this is another novel yang anda patut beli dan baca. Worth buying.

Judul : Giler Kau? 
Penulis : Dyadila
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 1167
Harga : RM38.00(SM) AHLI KN: RM34.00
RM41.00(SS) AHLI KN: RM37.00
Where to Buy : Belian Online di http://www.kakinovel.my/beli-novel/giler-kau/
ataupun boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda.

You May Also Like

3 Comment

  1. dah lama tak baca novel bahasa melayu but nice review :)

    ReplyDelete
  2. lama tak baca novel!! banyak kt rak tapi tak terusik pun. tak tahu mana nak start dulu. haha.

    ReplyDelete
  3. hahaha giler lah !! hahaha gitu nak reply =D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You