Jom Aktifkan Mykad

by - December 12, 2014

Greetings.

Jom Aktifkan Mykad dan Rebut Ganjaran Hebat 

MyKad pintar atau lebih dikenali sebagai MyKad tak pun Kad Pengenalan adalah sebahagian daripada inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC). My dalam perkataan MyKad merupakan alamat internet Malaysia manakala kad ialah singkatan kepada kad akaun diri yang bermaksud kad. Siapa di sini tak gelabah kalau hilang MyKad, nak-nak di dalam kad yang sekeping itu, macam-macam maklumat ada. MyKad mempunyai pelbagai aspek keselamatan dan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping Kad Pintar untuk pelbagai aplikasi yang dapat menghubungkan dengan jabatan kerajaan dan sektor swasta dalam satu kad, salah satu daripadanya adalah aplikasi ke-50 Mykad iaitu Program Mykad Smart Shopper.

Program Mykad Smart Shopper 

jom aktifkan mykad

Apa itu Program Mykad Smart Shopper

Program Mykad Smart Shopper ialah satu usaha I Synergy Universal Sdn. Bhd dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati penjimatan perbelanjaan harian mereka dengan hanya meleretkan MyKad dengan menjadikan Mykad sebagai Kad diskaun ketika berbelanja.


Tujuan Program Mykad Smart Shopper Dibangunkan

Program Mykad Smart Shopper dibangunkan khas untuk menampung keperluan lebih 30 juta rakyat Malaysia dengan pendekatan harga diskaun ketika melakukan urusan jual beli menggunakan MyKad yang telah diaktifkan dengan aplikasi Program Mykad Smart Shopper ini ketika berbelanja.


Siapa yang boleh Menyertai Program Mykad Smart Shopper

Bagi pemegang Mykad yang sah (rakyat Malaysia), anda layak untuk menyertai Program Mykad Smart Shopper ini secara percuma dan menikmati diskaun dan ganjaran hebat ketika berbelanja.


Bagaimana Program Mykad Smart Shopper Berfungsi

Program Mykad Smart Shopper ini sangat mudah, iaitu dengan hanya:

1. Mengaktifkan Mykad
2. Membeli-belah  dan berbelanja sepuasnya
3. Nikmati diskaun dan ganjaran hebat

jom aktifkan mykad

Mengaktifkan Mykad

Bagi mendapatkan diskaun dan ganjaran semasa berbelanja, anda haruslah mengaktifkan Mykad anda dengan aplikasi Program Mykad Smart Shopper dahulu. Jangan risau kerana pendaftaran adalah percuma dan berita baik untuk anda, kini anda boleh menyertai program ini dengan mendaftar secara atas talian (online). Anda tidak lagi perlu berjumpa dengan mana-mana ejen berdaftar dan mengisi borang secara bukan atas talian (offline) sepertimana yang telah dilakukan oleh hampir 400,000 pemegang Mykad sebelum ini.

MyKad Smart Shopper : Cara Mendaftar

Bagi mendaftarkan Mykad anda untuk menyertai Program Mykad Smart Shopper ini, caranya mudah sahaja iaitu dengan mengikuti beberapa langkah mudah di bawah;

1. Lawati laman web http://www.aktifmykad.com/ bagi mengisi borang maklumat yang diperlukan secara atas talian untuk mengaktifkan Mykad anda. 

2. Anda hanya perlu mengisi Nama, No Kad Pengenalan, alamat e-mail, nombor telefon, dan alamat di dalam borang pendaftaran. Dan diingatkan sekali lagi, ianya adalah percuma.

3. Anda akan diminta untuk mengesahkan pendaftaran melalui alamat e-mail yang anda berikan ketika mendaftar.

jom aktifkan mykad

Membeli-belah  dan berbelanja sepuasnya

Selepas pengaktifan Mykad, kini anda boleh mula berbelanja di kedai-kedai yang menyertai program ini untuk mendapatkan diskaun dan ganjaran hebat ketika berbelanja. Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Kedai-kedai yang memaparkan logo Mykad Smart Shopper di luar premis perniagaan merupakan premis/kedai atau syarikat yang menyertai program ini.

Senarai kedai yang telah menyertai Program Mykad Smart Shopper:

Untuk pautan pantas dan lebih mudah bagi mengetahui senarai kedai yang telah menyertai Program Mykad Smart Shopper ini, anda boleh terus memuat turun (install) Aplikasi MyKad Smart Shopper di dalam smartphone anda. Anda akan dapat lihat senarai ratusan premis perniagaan di seluruh Malaysia yang telah menyertai program ini.


Download MSSP Discover app now!
Search Term 'MyKad Smart Shopper'/ 'MSSP'/  'MSSP Discover'

Available on the App Store & Android App On Google Play

mykad smart shopper

Jangan lupa Muat Turun Aplikasi MyKad Smart Shopper sekarang juga!


Nikmati diskaun dan ganjaran hebat

Anda akan dapat Mata Ganjaran setelah anda berbelanja menggunakan Mykad di kedai-kedai terpilih. Setiap kali andaberbelanja, anda akan dapat 1 Mata Ganjaran yang bersamaan dengan RM1. Semakin banyak anda berbelanja menggunakan Mykad, semakin banyaklah mata ganjaran yang diperolehi. 

Mykad Smart Shopper : Cara Semak Mata Ganjaran

Cara untuk semak mata ganjaran ialah dengan hanya klik pada pautan ini, http://mssp-sys.aj.my. Mata ganjaran terkumpul boleh ditebus pula dengan hadiah-hadiah menarik yang boleh diketahui melalui katalog penebusan mata ganjaran. Disamping mendapat diskaun ketika berbelanja, anda boleh tebus hadiah pula. Ini sangat menarik bukan. Jom aktifkan Mykad sekarang. 

Kelebihan Menyertai Program Mykad Smart Shopper
  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup)
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan?
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.

Jadilan pengguna bijak dan kunjungilah kedai dan premis yang menawarkan diskaun.
Jangan tunggu lagi, Jom Aktifkan Mykad anda untuk mendapatkan diskaun dan ganjaran 
hebat ketika berbelanja menggunakan Mykad. 



Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com

You May Also Like

111 Comment

  1. @Siti Aisya Ibrahim kak akak, macam best je beli2, sambil dapat diskaun dengan tebus hadiah.. :D

    ReplyDelete
  2. Dah cuba nak register, tapi keluar Error Message : * Referrer ID Empty.

    nak buat macam mana ya?

    ReplyDelete
  3. @IZZAATI
    atie, another solution here, hehe..
    terus ke website ini --> http://www.aktifmykad.com/
    skroll sampai last, ada sedia borang. Yeay, hehe.
    ps: shad try daftar guna link yg tadi pun keluar Referrer ID Empty gak..

    ReplyDelete
  4. Gud luck..menang t jgn lupe belanja sup gear box..😜

    ReplyDelete
  5. Gud luck.diksha
    Macam-macam boleh buat dengan mykad ni

    ReplyDelete
  6. Shad, terima kasih kerana sudi menyertai Contest yang saya anjurkan.. Good Luck!.. Semoga berpeluang menjadi salah seorang pemenang.. ;)

    ReplyDelete
  7. @Muhamad anuar Marsib Sekadar mencuba nasib sambil kongsi info best dengan semua.. Aminn... terima kasih :D

    ReplyDelete
  8. dah tau lama tapi belum aktifkan lagi

    ReplyDelete
  9. kak ekin dah dafar... tetapi tak pernah try beli2 barang ni... nanti nak try tengok kat kulim ni mana boleh guna my kad boleh diskaun ni

    ReplyDelete
  10. @Cik Ash Shad da daftar jugak, tapi belum lagi pergi menyoping, hehe :D

    ReplyDelete
  11. Salam buat Sha Dhira..... jom aktifkan mykad kita semua.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete
  12. @kamil salleh Terima kasih bro kamil salleh, sudi singgah blog picisan shad ni ha.. :D

    ReplyDelete
  13. banyak sebenarnya kegunaan mykad ni, cuma tak ramai yang menyedari
    apapun, all the best ye
    saya membalas kunjungan n done follow sini #2096

    ReplyDelete
  14. semoga berjaya jugak shad dalam contest Jom Aktifkan Mykad ni ye ;)

    ReplyDelete
  15. @sha dhira

    belum gak shopping ni.... dulu2 sedap shopping kijo sendiri... loni tak kijo susah sikit la nak shopping..tggu duit abg bagi beli barang yang penting jer... hhuhu...

    ReplyDelete
  16. murni singgah sini dr contest yg sama, semoga berjaya :)

    Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete
  17. saya dah lama daftar kak shad.. tp sampi skrg x pernah guna.. ahahahahhahaha

    ReplyDelete
  18. @Iyqa Gani Ahaa, kak shad baru je daftar, macam best lak kan dpat diskaun, tapi kan, xpenah lagi gak guna. Hehehe.

    ReplyDelete
  19. oh,,iqha baru tahu,,hehe,,boleh lah daftar jap gi ni..:)

    ReplyDelete
  20. Semoga berjaya dengan kontest jom aktifkan mykad ini.

    Ikhlas.
    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  21. PAnjang lebar sekali penerangannya...lengkap!
    Semoga berjaya dalam contest ini ya... :)

    ReplyDelete
  22. wah ramainya yang nak aktifkan mykad lepas nie...

    gud luck Sis

    jemput singgah - www.bakul2011.com

    ReplyDelete
  23. wah, menarik jugak ye. just knew it. Thanks for the entry. nice sharing :')

    Jemput singgah ye : http://hhhbeautyhealthcollections.blogspot.com/

    New entry updated THE TRUE MEANING OF BEING HOUSEWIFE

    ReplyDelete
  24. Dah tahu tentang ni tapi belum sempat daftar lagi :)

    ReplyDelete
  25. Bagus jugak kontest Jom Aktifkan MyKad ni. Tengok dekat komen atas dah ade yang register pun. Kontest ni salah satu cara terbaik untuk orang tau pasal program MyKad Smart Shopper.

    ReplyDelete
  26. menarik program mykad dapat berbelanja lebih

    ReplyDelete
  27. semoga berjaya dalam contest ini

    ReplyDelete
  28. Semoga shad berjaya tau.. dari pembacaan akak kat entry nih, akak paham dengan program ni..

    ReplyDelete
  29. wah.. macam best je bila dapat tahu boleh aktifkan MYKAD ni.. bnyak kelebihan rupanya.. Nanti nak aktifkan juga la :)

    ReplyDelete
  30. saya dah pernah aktifkan.. tp kan.. tak pernah guna.. hahaha

    ReplyDelete
  31. wahh bestnya ... nk aktifkan jugak la nanti :D

    ReplyDelete
  32. ika penah la jugak tengok benda nie dan officemate ika sendiri pon ade buat . tapi setakat nie ika takde la join untuk aktifkan mykad nie . hehee

    btw, all the best :D

    ReplyDelete
  33. goodluck Sha . jom singgah entri saya jugak :)

    http://www.blogparihh.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html

    ReplyDelete
  34. Goodluck. Saya sudah aktifkan mykad :) anda bila lagi? Hihi

    ReplyDelete
  35. selamat berjaya kak shad yang ku sayangi !

    ReplyDelete
  36. menarik ni, jom aktifkan mykad untuk nikamati ganjaran dan diskaun

    ReplyDelete
  37. Wow, macam best je..menarik sangat..nk daftar jugak la :)

    ReplyDelete
  38. baru tahu tentang ni..menarik bab diskaun-diskaun ni :)

    ReplyDelete
  39. wow bagus ni.. kene aktifkan ni ^^

    ReplyDelete
  40. menyenangkan dan membawa kegembiraan dalam kehidupan..Jom aktifkan mykad.

    ReplyDelete
  41. semakin canggih dan maju. macam-macam boleh dilakukan dengan mykad sekarang..
    boleh jimat berbelanja kalau macam ni hehehe..

    ReplyDelete
  42. Aktifkan MYkad :)
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  43. Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita

    ReplyDelete
  44. Semoga berjaya ... Program nie bagus, memudahkan orang ramai, tak perlu banyak2 kad ...

    ReplyDelete
  45. wah wah ! hehehe Macam best je ni. Good Luck kak :)

    ReplyDelete
  46. Memang banyak function ni. Goodluck Shad!

    ReplyDelete
  47. program yang menarik, dah lama tahu, tak berdaftar je lagi ;)

    ReplyDelete
  48. Good luck Shad! Nampak mcm menarik jer...

    ReplyDelete
  49. best. siapa suka shopping memang kena daftar ni ;)

    ReplyDelete
  50. Inisiatif yang bagus tapi saya jenis tak suka asik nak pegang mykad sebab takut cicir.
    Saya lebih suka biarkan MyKad 'duduk diam2' dalam purse :)

    ReplyDelete
  51. Best dengar diskaun ni..Ada dengar cuma tak tahu mana nak daftar.. thanks for this info.. tapi my kad kalau kerap dok guna risau tercicir.

    ReplyDelete
  52. makin canggih mykad blh diguna pelbagai cara

    ReplyDelete
  53. barulah canggih macam ni kan.All the Best Shad

    ReplyDelete
  54. omg wow thanks for sharing tau kak shad hehe <3

    ReplyDelete
  55. Menarik. Baru tahu Mykad ni boleh guna untuk macam-macam. Hehe

    ReplyDelete
  56. menarik perkongsian ini...
    dapat menimba ilmu dengan menggunakan mykad kita...
    dengan mykad pon boleh buat macam-macam perkara...

    ReplyDelete
  57. wahhh bagus nii. goodluck and all the best ^-^

    ReplyDelete
  58. menarik sangat. :) semoga berjaya!!!

    ReplyDelete
  59. macam2 boleh buat dengan mykad...semoga berjaya..:)

    ReplyDelete
  60. makin maju sekarang.. baru tahu hehehe all the best sis :))

    ReplyDelete
  61. Semakin mudah nak shopping. Dan terlebih-lebih lagi perasaan masa shopping sebab ada mata ganjaran. Hihi:).. Thanks for sharing valuable info ni. Baru tahu macam-macam boleh buat dengan mykad ni.:)

    ReplyDelete
  62. Perkongsian yang menarik ^^ singgah dari GA Simple 2015 by Shad =)

    ReplyDelete
  63. Baru tahu macam-mcam boleh buat dengan hanya menggunakan Mykad. Thanks untuk info yang berguna ni (=
    Singgah dari GA

    ReplyDelete
  64. Good info :)

    http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  65. macam-macam boleh buat dengan mykad ye :)

    ReplyDelete
  66. banyak manfaat yg blh dibuat dgn Mykad

    ReplyDelete
  67. wahh first time dapat tahuu. dapat ilmu baru harini :)

    ReplyDelete
  68. Byk jugak yer kelebihan mykad ni utk digunakan :) Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  69. Sekarang ni macam-macam kegunaan dan manfaat yang boleh kita dapat dalam Mykad kan? Terima kasih atas perkongsian yang menarik dan terbaik ni. :)

    ReplyDelete
  70. wahhh cara bagusss. nanti nak try lah :D

    ReplyDelete
  71. menarik nie. thanks atas info ya. :)

    ReplyDelete
  72. before ni tak penah pun aktifkan mykad tapi menarik jugak ganjarannya...bole la try pasnie..^^

    ReplyDelete
  73. Menarik! sangat sesuai bagi pelajar2 U terutamanya. Boleh cuba nie bila dah dapat sambung belajar nanty :D anyway goodluck ! ^_-

    ReplyDelete
  74. wah, menarik! Dunia dah canggih, macam2 boleh buat dah sekarang :)

    ReplyDelete
  75. Dah join juga..good luck

    http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html

    ReplyDelete
  76. bagus program ni untuk yg berkategori shopping tegar...hehehe

    ReplyDelete
  77. wah best ni...kalau bab shopping memang best hehe

    ReplyDelete
  78. macam-macam boleh buat dengan mykad sekarang ni ye..

    ReplyDelete
  79. akak..thanks sebab bagitau.. tetiba rasa sronok sangat.. thumbs up untuk akak.. :D

    ReplyDelete
  80. okay, baru tau mykad ni byk fungsi. makin kuat shopping lah fd lepas ni. huwaaa >,<

    ReplyDelete
  81. Wow....banyak gak kelebihan mykad selama ni tahu blh jadi tNg tu je ..nampak gaya makin sakan bershopping ni hehe ^_^

    ReplyDelete
  82. Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..nampak ramai jugak yang join ni..
      shad rasa entry shad dah ke belakang sangat... hehe :D

      Delete
  83. gud luck admin….harap berjaya dalam contest ini ye…seminggu je lagi keputusan akan keluar

    ikhlas – Bakul2011

    http://www.bakul2011.com

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You