Drama Adaptasi Dia...Isteri Luar Biasa Akasia TV3 (2015)

by - May 14, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Drama Adaptasi Dia...Isteri Luar Biasa Akasia TV3 (2015). Drama adaptasi Dia... Isteri Luar Biasa bakal menemui penonton pada 18 Mei 2015 di Slot Akasia TV3 selepas Drama Hati Perempuan. Fenomena kan sekarang ni, drama adaptasi novel. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kan.

Sekali lagi novel karya Umie Nadzimah akan menghiasi slot Akasia TV3 dengan drama berjudul 'Dia Isteri Luar Biasa'. Sebelum ini karya beliau pernah muncul di slot Akasia melalui drama bersiri 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Watak utama untuk drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nur Fathia. Turut dibantu oleh pelakon-pelakon hebat seperti Keith Foo, Uqasha Senrose, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. Drama ini akan mula bersiaran bermula 18 Mei 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di TV3.

Drama Dia Isteri Luar Biasa


JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD : -
TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai Cik Kem
Nonny Nadirah sebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

VIDEO PROMO DIA ISTERI LUAR BIASA


SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Novel Dia Isteri Luar Biasa

BACA BAB AWAL NOVEL DIA ISTERI LUAR BIASA

DOWNLOAD FULL EPISODE

You May Also Like

3 Comment

  1. baru baca novel nih semalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa, berapa bintang kak eyda bagi.. hehe.. shad selalu usha ja buku ni dekat bookstore, tapi tak terasa nak beli.. aura nk beli tak datang.. ehhe..

      Delete
  2. hehehe skrang semua nak adaptasi kan hehehe..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You